Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

11 Julai 2013, 1 Ramadhan, Rabu

#kedinginan kota kinabalu
Salam guys! Kaifa halukum?  Konon2 cakap Arab lepas belajar beberapa perkataan arab. Haha. Kedinginan malam buat aku rasa mahu hapdet belog ni. But, before dat, I wanna wish all of you Salam Ramadhan Kareemm!! 
Selamat menunju bulan shopping pahala dan semoga bertemu dengan Malam Lailatul Qadr. 
InshaAllah.

Ramadhan kali ni, aku ada banyak misi penting, antaranya ;
  • 1.        Kurangkan makanan untuk berbuka berpuasa disebabkan ahli keluarga aku jenis yang suka makan penuh meja, jadi aku kena mainkan peranan untuk remind kembali Puan Mama untuk masak ala kadar. Hal ni xsenang ok!
  • 2.        Kurangkan pergi baazar ramadhan. Famili aku ni suka menabung di baazar ramadhan. T_T
  • 3.        Be nice, sadaqah, smile, cool and always be the cute teacher at the kindergarten. :3
  • 4.        Shopping pahala selagi mampu.


Ramadhan kali ni aku akan berpuasa sambil mengajar dan babysit budak-budak. Bagaimanakah agaknya ya? Hihi~ Ndak apa, aku akan cuba sedaya upaya. Bukan selalu kan. Puasa bukan alasan untuk Umat Islam jadi lemah. Tapi, sekarang memang aku lemah lepas balik dari tanah tinggi hari tu. Alhamdulillah, waktu program, Allah swt mudahkan semuanya. Allah swt datangkan insan-insan yang baik hati dan ringan tulang untuk membantu dan saling menghormati.

To : adik Sat*****, adik Far**, Kak ***hana,
A.Az****, A.Id***, Encik J (tuan rumah)

Terima kasih atas bantuan dan jasa kalian membantu dan memudahkan tugas2 sempena majlis berlangsung. :D Tanpa kalian, misi ajk makanan tidak akan berjaya. Syukran jazilan khairan khatiran! Semoga Allah swt membalas kebaikan anda semua. ^^

Lepas pulang dari Kundasang hari tu, aku pengsan. Haha.
Terlalu penat jadi Sindarela yang mengupas labu-labunya di dapur. Lebih-lebih lagi cuaca yang sejuk, tangan terketar2 sambil buat kerja. Suara pula beku di dalam tekak dan aku hampir demam bila tiba di Kota Kinabalu. 
Ehem3. Sakit tekak akibat perubahan cuaca? Biasalah tu. Makanlah Strepsils. Hik3.

Esok aku mengajar subjek Bahasa Arab dan Peribadi Muslim. I am trying my best to be a good Moslem and be a nice role model for my students, but I don't know whether I can achieve it or not. O Allah, don't let me fall, down and alone, raise my faith and guide me in every step of my life. Allahumma Amin.

*Menunggu detik-detik bersejarah salah seorang sahabat.
7 Ninja's, kalau kamu terbaca post ni, aku sudah plan beli shawl untuk hari bersejarah bulan depan. hikhikhik~


5 Julai 2013, Jumaat

#kundasang

Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu
Biru Biru Hujung Kinabalu Tengok Dari Jauh 
Hati Saya Rindu..

Kinabalu Dekat Di Kundasang
Banyak Sayur Bulih Pilih Pilih
Apa Guna Pergi Luar Negeri Naik Kinabalu 
Hati Saya Rindu..

antara bait2 lirik lagu Sayang Kinabalu by Kimin Mudin

Esok hari akan berangkat ke Kundasang. Setelah lama tidak menjejakkan kaki ke kaki Gunung Kinabalu itu, kini aku datang kembali! Tanah tinggi yang sejuk dan pastinya menjadi tempat idaman bagi setiap pelancong yang datang ke Sabah. Tapi, kepergianku kali ini bukanlah untuk melancong, hanya sekadar menjadi penyumbang tenaga di dalam Annual Grand Meeting satu Non-Government Organization(NGO) Islam. Aku ditempatkan di dalam bahagian pengurusan makanan. Macamlah aku ni pandai masak sangat. L Tiapkali ada apa2 event atau program, aku mesti ditempatkan di bahagian pengurusan makanan, adakah disebabkan aku yang suka makan dan mengkritik masakan orang lain? Memang dulu aku mengaku aku mau jadi chef, tapi bukan sekarang, itu duluuuu~. Tiap kali masuk dapur untuk memasak, aku bercakap seperti chef, hinggakan Puan Mama suruh aku rakam masuk Youtube! Haha. Ni lah antara dialog kegemaran aku;

“Makcik mahu bagi tips memasak ya anak2! Tulis, tulis! Kalau memasak tu, berzikirlah supaya makanan yang dimasak makin sedap, penuh berkat dan menjadi pelembut hati sesiapa yang menjamahnya. Berzikirlah dengan zikir Ya Latif ya anak2.”
#No, itu bukan  aku yang sekarang. K

 Tapi, apa pun aku mahu ingatkan diri, buatlah dengan ikhlas bukan kerana tugas. Aku xada semangat untuk memasak esok, aku xberasa senang dengan sesetengah senior dalam persatuan tersebut. Itulah namanya masalah hati. Yup, aku mengaku aku banyak sentap dan terasa hati bila berhubung dan bergerak kerja dengan senior2 tersebut, tapi bila difikirkan, sampai bila aku mahu terus begitu. Sampai bila aku mahu merajuk sedangkan perjuangan tidak memerlukan golongan yang merajuk. Kalau aku terus menerus sentap dan terasa hati, di mana lagi aku mahu menyumbang tenaga dan ilmu yang aku ada ini untuk Islam? Fufufuffffuuu~

J Aku xboleh mengeluh! Aku tahu Allah xakan bebankan aku kalau aku xmampu. T_T

Tapi, kenapa aku jak the one and only girls there. Hmm. Lagi satu, aku kena masak di rumah orang lain, aku rasa janggal! L Aku harap urusan aku dipermudahkan Allah swt untuk hari esok dan hari seterusnya hinggalah aku kembali ke rumah. Aku buat bukan kerana manusia, tapi kerana agama Allah swt dan untuk meraih rahmat Allah swt.

InshaAllah, ketemu lagi minggu hadapan yach!
Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali, 
biarpun xkembali ke rumah, kembali kepada Allah swt pun ok juga bah itu. Salam!


03 Julai 2013, Rabu

#toyol

Petang tadi aku mau pinjam nfon dari Kak Pi untuk main game, sebab aku addicted sangat dengan game nama Pou, tapi xlepas.

Lepas tu suruh Hafiz (3 yr) pergi rampas dari Kak Pi. Miahaha~
 Tetapi tidak berjaya jugak! T_T

Selepas maghrib, adik pun datang :

Adik : Kak Cha, adik sudah ambik npon..
(datang bawa nfon dengan bangga kerana dapat merampas nfon Kak Pi)

Kak Cha : Yeahhh boleh main Pouuu....
(hidung kembang kempis bangga, ambil nfon dari adik)

Slide to unlock. Tiba-tiba, password required.

           Kak Cha : Adik, macam mana ni buka ni?

Adik : Kejap, adik turun tanya kak Pi...
(bawa nfon, minta unlock dari kakak, kedapatan(kantoi) ambik nfon)


Misi menjadi toyol telah gagal!   -..-'