Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Mid Term + Assignment + Presentation = DIE

Salam Satu Akidah.
Berlatarkan lagu
Sahiba(lagu versi klate),
aku mula mengupdate belog.

Aku rajin sudah update belog aku ni sebab aku ndak dapat contact kawan-kawan aku untuk bagitahu diorang macam keadaan aku di sini. Lagu Kelantan yang aku dengar ni best jugak. Kawan aku, satu kos hubungan etnik, orang Kelantan pegi bluetooth di nfon aku.

Tapi lirik dia macam ni.
Harap pembaca sabar ok..

=.='

sapa nyo hati tingga kawe
sapa nyo hati demo tingga ee..
kawe mintok demo..
balik maghi smula..
harap demo trimo..
mintok demo sobar..
ohhh sahibaa oh sahibbbaaa ohhh sahhiibbaaa..
sapa nyo hati demo tingga kawe..
bla bla bla blaaaaaa..
saloh sikik sajo..
sapa maroh gituh laluh..

p/s : ore klate jange maroh deh..kawe pung dok pehe sebenonye..
kawe ni pung nok blajo guane kecek klate..
hihihi


Aku juga mahu supaya diorang tahu aku ingat diorang biarpun aku ndak antar mesej(SMS),call ataupun jumpa diorang. Ukuhuwah itu bukan terletak pada berapa kerap kita jumpa,call atau mesej,tapi sejauhmana kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita kan. Itu yang aku percaya sampai sekarang. Mungkin kadang-kadang diorang marah atau kecik hati sebab aku ndak contact diorang, tapi hakikatnya aku masih bersama dengan diorang. Kawan-kawan, minggu ni aku ada mid-term. Aku ada group presentation, aku ada assignment mahu hantar. Semua berlambak-lambak sampaikan aku boleh stay up sampai pagi, study+ buat assignment + slideshow sambil update blog. At least, Im not alone.

Baru-baru ni,cuti seminggu untuk Hari Raya Haji. Tapi, aku ndak rasa pun suasana Hari Raya Haji. Apa yang aku rasa,suasana mahu midterm. Aku balik kampung dengan keluarga aku, tapi dalam masa yang sama, aku kena bawa sekali buku-buku aku untuk studi. Mungkin inilah pengorbanan seorang mahasiswa untuk mengharumkan nama pelajar-pelajar Islam di universiti kan. Apa yang aku fikir dari dulu kini dan selamanya(inshaALLAH), " Aku mahu dapat yang terbaik. Bila orang lain tanya apa rahsia aku, aku akan cakap lah..Kalau kita tolong agama ALLAH, ALLAH akan tolong kita.." Cuba teka surah apa ayat berapa?

Untuk pengetahuan semua, ayat ni aku belajar waktu aku mula-mula berkenalan dengan ehem2..Hehe..
Dengan ISLAM lah! Aku berkenalan dengan Islam waktu form 3 kan. Sebab kan,dulu aku selalu malas datang majlis Ilmu kalau ada exam atau ujian. Alasan yang paling kukuh : AKU MAHU BUAT REVISION.

Ni ayat tu :


"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."-(Muhammad:7)

Memang tidak dinafikan, perbezaan antara orang yang tolong agama ALLAH dengan orang yang cuma tolong diri sendiri untuk hidup begitu jauh berbeza. Aku dapat lihat sendiri bilamana aku mula tenggelam waktu zaman STPM. Aku bukan mahu tunjuk keburukan aku,tapi mahu bagi pengajaran dengan semua.
Waktu STPM, aku mula berfikir yang aku mahu struggle habis-habisan dapat CGPA 3.5. Aku cakap kalau aku ndak ikut program,ndak ikut majlis-majlis ilmu,mesti result aku gempak! :(

Tapi, akhirnya keluar result dapat CGPA 1.0. :(

Kesimpulannya, aku serahkan dengan kamu semua untuk menilai.
Pandangan negatif atau positif, aku terima.
Semoga bertemu lagi di lain posting.

Now, I am trying to excel in all my subjects but at the same time excel as a Moslem Student. :)


14-18 Nov 2011- my midterm. please pray for me.


No comments:

Post a Comment