Ya ALLAH..Saat ini,aku terdengar suara gembira serta gelak ketawa anak-anak keci inil, iaitu murid-muridku. Biarpun mereka masih jauh lagi untuk menikmati alam remaja, namun terlalu banyak perkara yang aku risaukan. Mampukah aku menanmkan benih-benih keislaman dalam diri mereka di kesempatan enam bulan cuma..Seringkali aku terfikirkan, apakah aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan wajah-wajah comel ini kelak..Setiap hariku diisi dengan gelak tawa mereka, tutur kata mereka yang ternyata begitu bersih hati yang mereka miliki. Setiap tutur kata yang dilontarkan, setiap pertanyaan, begitu istimewa kepadaku. Keprihatinan mereka terhadapku juga begitu mengharukan. Pernah satu ketika, aku bertarung dengan PMS(pre-menstrual), keadaanku yang kurang sihat serta muka yang agak pucat membuatkan mereka datang kepadaku. Salah seorang dari mereka bertanya, “ Cikgu, cikgu tak sihat? Kenapa cikgu Nampak macam sakit?”. Begitulah prihatinnya mereka terhadp cikgunya ini..Kanak-kanak, memang cukup istimewa..Mereka terlalu istimewa buatku..Pada detik ini,aku dihantui pelbagai persoalan. 15hb Julai 2011 nanti, akan diumumkan keputusan kemasukan ke universiti. Aku terasa berat untuk meninggalkan anak-anak ini..Tetapi aku juga mahu meneruskan amanah Baba yang ingin melihat anak-anaknya menjejakkan kaki ke university atau mana-mana sahaja pusat pengajian. Baba tidak mahu pengajian anak-anaknya hanya terhenti setakat PMR,SPM ataupun STPM kerana Baba tidak mahu kami menjadi sepertinya yang hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat PMR..
Ya ALLAH..Sehingga kini, hambaMU yang hina ini masih kurang sedar..Masih alpa dibuai nikmat dunia yang jelas sementara..Masih adakah peluang untukku ya ALLAH..Apabila merasai kesakitan ini, aku mulai insaf..Ini merupakan kifarah dosa buatku..Memang terlalu banyak dosaku ya ALLAH..Namun, semuanya tidak terzahir di mata hamba-hambaMU yang lain kerana Engkau menutup keaibanku biarpun aku selalu alpa..Ampuni aku Ya ALLAH..
****************
Assalamu’alaikum semua pembaca blog Aku-DIA-Mereka.
So, how ? Completely finished reading today's posting ?
Ini bukan cerpen pendek. Tapi, hasil karya aku. Haha
No No No. Gurau
Sebenarnya kan..
Hari ni, aku tergerak hati untuk publish satu monolog yang aku buat sewaktu jadi guru tadika dulu kala. Sudah lama tersimpan dalam laptop usang ini.
Sebelum menjejakkan kaki masuk universiti,
aku dua hati sama ada mahu terus jadi guru tadika atau tidak.
Then, I wrote this short monologue to express my feeling at that time. Hoping that you enjoy it. J
See you at the next posting. InshaALLAH.
No comments:
Post a Comment