Selasa,
4 Jun 2013.
Pagi
itu cuaca mendung sekali. Aku sibuk menggosok baju kurung berwarna pink untuk
dipakai ke dewan peperiksaan. Maklumlah, musim final exam ni, aku sememangnya
rajin memakai baju kurung dan kasut bertutup, formal lah katakan. Kalau pakai
selipar, duduk luar lah xboleh jawab exam. J Jam menunjukkan jam 9 pagi. Setelah
selesai bersiap, aku mencium dan salam tangan Puan Mama, berpesan kepada Puan
Mama agar mendoakan aku. Aku merancang untuk bergerak lebih awal kerana risau
ketiadaan bas memandangkan aku agak memilih jenis bas dan penumpang2 di dalam
bas tersebut. Kalau aku senang dengan suasana dalam bas tersebut, maka aku akan
menaiki bas tersebut untuk ke kampus. Jikalau tidak, aku akan menunggu bas awam
yang lain pula untuk dinaiki.
Tiba
sebuah bas, penumpangnya tidak ramai, berhawa dingin. Jam menunjukkan pukul
10.45 pagi. Aku senyum dan tanpa berlengah, menaiki bas tersebut. Aku duduk
sambil memandang ke arah luar bas. Seperti biasa, melihat keindahan pokok2
menghijau di sepanjang jalan yang masih belum menjadi mangsa kerakusan manusia
yang tamak mengejar pembangunan. Tiba-tiba hatiku berasa tidak menentu. Aku
mulai resah. Aku mula bermonolog sendirian,
“What have i
done before that makes me feel like this???”
Aku
tenangkan hati aku. Ya Allah, tenangkan aku. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar.
4 missed
call? Panggilan dari salah seorang coursemate aku. Aku memang sudah agak. Mesti
ada yang xkena. Aku pejamkan mata,
berdoa agar Allah tenangkan aku yang mulai panik. Telefon bimbitku bergetar
lagi. Jariku dengan laju menjawab panggilan tersebut.
Miss Q : Kau kat mana?
Aku :
Aku dalam bas, otw pergi dewan exam. Kenapa?
Miss Q : Kau tau tak exam Parenting kul bape?
Aku :
Pukul 2 petang kan?
Miss Q : Wehhh, kul 9 pagi laaaa..Skrg dah kul 11, aku
ingatkan korang dalam dewan exam..Sebab
tu aku
xcall tadi..
*call ended.
Airmata
aku sudah mula gugur. Aku kesat dengan laju sebab aku dalam bas. Ya Allah, perasaan
yang bercampur baur. Adakah ini kenyataan atau mimpi? Aku cuba untuk berlapang
dada dan memujuk hati. Ya Allah, patutlah sejak dari rumah aku xtenang. Rupanya
ini. Hmm. Aku redha. Aku kuatkan hati, aku bercadang untuk call seorang lagi kawan aku, Miss L. Tapi,
tanpa sempat menekan butang memanggil, nama Miss L sudah tertera di skrin nfon.
Dia juga mengalami nasib yang sama seperti aku sebab aku yang bagitau dia exam
jam 2 petang. L Sorry Miss L, I admit it, it was my fault.
Lepas tu, aku dengan Miss L bergegas
ke kampus untuk berjumpa Pensyarah. Hampir sejam berada di luar bilik
pensyarah, disebabkan terlalu takut. Miss L sudah mula menangis. Aku tabahkan
hati. Eyes, please don’t cry. Aku tarik tangan Miss L, masuk dalam bilik pensyarah and
speak with her. I can’t tell our conversation sebab waktu tu aku sudah xingat
apa2, yang aku ingat, aku menangis depan lecturer tu merayu minta kami duduk
paper exam sekali lagi. At last, dia setuju. Aku rasa lega. Alhamdulillah.
Ujian Allah swt ini cuma sedikit tapi boleh membuat insan terduduk. Aku mula
belajar untuk lebih alert, tapi apa pun berlaku sedikitpun aku tidak akan
berputus asa. Aku tahu, setiap masalah yang Allah swt turunkan itu ilmu untuk
aku. Bila masalah seperti ini berlaku, aku mula yakin bahawa ini cuma dugaan
kecil dari Allah swt untuk jentik hati aku yang semakin lalai dan alpa. Ya
Allah, terima kasih. Allah bagi aku peluang kedua dan melembutkan hati
pensyarah tersebut untuk menerima maaf dari kami.
Sekian
sahaja cerita pada hari ini. Tajuk : Kisah Aku Terlepas Exam.
No comments:
Post a Comment