Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

5 Julai 2013, Jumaat

#kundasang

Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu
Biru Biru Hujung Kinabalu Tengok Dari Jauh 
Hati Saya Rindu..

Kinabalu Dekat Di Kundasang
Banyak Sayur Bulih Pilih Pilih
Apa Guna Pergi Luar Negeri Naik Kinabalu 
Hati Saya Rindu..

antara bait2 lirik lagu Sayang Kinabalu by Kimin Mudin

Esok hari akan berangkat ke Kundasang. Setelah lama tidak menjejakkan kaki ke kaki Gunung Kinabalu itu, kini aku datang kembali! Tanah tinggi yang sejuk dan pastinya menjadi tempat idaman bagi setiap pelancong yang datang ke Sabah. Tapi, kepergianku kali ini bukanlah untuk melancong, hanya sekadar menjadi penyumbang tenaga di dalam Annual Grand Meeting satu Non-Government Organization(NGO) Islam. Aku ditempatkan di dalam bahagian pengurusan makanan. Macamlah aku ni pandai masak sangat. L Tiapkali ada apa2 event atau program, aku mesti ditempatkan di bahagian pengurusan makanan, adakah disebabkan aku yang suka makan dan mengkritik masakan orang lain? Memang dulu aku mengaku aku mau jadi chef, tapi bukan sekarang, itu duluuuu~. Tiap kali masuk dapur untuk memasak, aku bercakap seperti chef, hinggakan Puan Mama suruh aku rakam masuk Youtube! Haha. Ni lah antara dialog kegemaran aku;

“Makcik mahu bagi tips memasak ya anak2! Tulis, tulis! Kalau memasak tu, berzikirlah supaya makanan yang dimasak makin sedap, penuh berkat dan menjadi pelembut hati sesiapa yang menjamahnya. Berzikirlah dengan zikir Ya Latif ya anak2.”
#No, itu bukan  aku yang sekarang. K

 Tapi, apa pun aku mahu ingatkan diri, buatlah dengan ikhlas bukan kerana tugas. Aku xada semangat untuk memasak esok, aku xberasa senang dengan sesetengah senior dalam persatuan tersebut. Itulah namanya masalah hati. Yup, aku mengaku aku banyak sentap dan terasa hati bila berhubung dan bergerak kerja dengan senior2 tersebut, tapi bila difikirkan, sampai bila aku mahu terus begitu. Sampai bila aku mahu merajuk sedangkan perjuangan tidak memerlukan golongan yang merajuk. Kalau aku terus menerus sentap dan terasa hati, di mana lagi aku mahu menyumbang tenaga dan ilmu yang aku ada ini untuk Islam? Fufufuffffuuu~

J Aku xboleh mengeluh! Aku tahu Allah xakan bebankan aku kalau aku xmampu. T_T

Tapi, kenapa aku jak the one and only girls there. Hmm. Lagi satu, aku kena masak di rumah orang lain, aku rasa janggal! L Aku harap urusan aku dipermudahkan Allah swt untuk hari esok dan hari seterusnya hinggalah aku kembali ke rumah. Aku buat bukan kerana manusia, tapi kerana agama Allah swt dan untuk meraih rahmat Allah swt.

InshaAllah, ketemu lagi minggu hadapan yach!
Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali, 
biarpun xkembali ke rumah, kembali kepada Allah swt pun ok juga bah itu. Salam!


2 comments:

  1. herm2....

    kalau x bahagian makanan, ade kaitan dgn kawin...

    herm2....

    ReplyDelete