Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !


#anak soleh dan solehah

 Salam.
No more bebel bebel, I’ve copied and pasted this here so I hope I can practice this untuk Hafiz. Ada beberapa jam lagi mahu pergi kelas. Tapi aku rasa aku lah kakak yang paaaalliiiiinngggg comel bila buat macam ni kan. Haha Aku copy paste dari Facebook jadi one day bila lupa aku rujuk blog jak.
Untuk kamurang semua, jom sama2 amalkan. Bukan tunggu ada anak jerr tapi kalau ada adik kecik tu pun ok. Tolong meramaikan umat Nabi Muhammad saw agar menjadi soleh dan solehah!

PETUA MENDAPAT ANAK SOLEH/SOLEHAH:


Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. 
Seterusnya, 

Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(AL-FURQAN : 74)


p/s : jom sama-sama berusaha dapatkan zuriat yang soleh & solehah mudah2han diperkenankan.

Amin.

No comments:

Post a Comment