#diam tanda marah K
Salam awal Februari!
Bila marah, ramai yang ambil tindakan
untuk berdiam, termasuk diri aku sendiri. Ya, aku lebih selesa untuk berdiam.
Aku belajar banyak benda dari tragedi perang saudara yang lepas. Lebih baik aku
zip mulut aku dari berkata dan pendam semua kemarahan daripada menyusahkan dan
menyakitkan orang lain. Aku juga suka tengok cerita Korea sebab pelakon2 Korea
wanita lebih sopan bila berdepan dengan kemarahan, jika dibandingkan dengan
pelakon wanita Melayu(just an honest opinion). Aku suka tengok bila kami ada
ciri2 yang sama. Bila marah, aku diam lepas tu perlahan2 ada titisan2 jernih di
pipi. Haha. Memang itu pun diajar dalam Islam.Bila marah, lebih baik kita diam
sebab banyak hikmah kan. Sekarang, aku dapat banyak kebaikan bila berdiam.Kalau
dibandingkan dengan sebelum ni, aku lebih suka memberontak, mulut aku ni cakap
lepas xpeduli siapa yang ada di sekeliling aku, asalkan aku puas. Tapi, sejak
kebelakangan ni, aku belajar untuk diam lepas tu buang semua kemarahan aku
dengan airmata. Ternyata, itu lebih berkesan dan mendatangkan kebaikan. And
now, I am feeling macho! ^^
Ok, sekarang aku tengah tunggu
keputusan exam sem 5. Cuti semester sudah mau habis, 17hb Februari kami mula
kuliah. T_T. Dengar khabar, 15 Februari 2014 ni akan keluar.Degdegkan jantung
gwe. ;( Aku cuma harap dapat result yang baik, yang baik untuk dunia dan
akhirat aku. Aku juga harap, semua kan baik-baik sahaja. Next week, aku plan
untuk jumpa lecturer Subjek Parenting (status=UM@repeat) disebabkan jadual aku clash!
Aku harap Allah swt lembutkan hati2
semua orang2 dalam SPKS supaya aku boleh grad pastu praktikal tahun ni. Please
pray for me. Oklah, its 12.41am now. Since I cannot sleep cause I have drink
too much coffee just now, so I need to force myself to read and blogwalking so
I can get sleepy. Haha. Ok, have a nice day! See you soon!
No comments:
Post a Comment