Assalamu'alaikum wbt.
(Eh , ada new post lagi ?post yang tadi pun xhabis baca lagi .)
Sebelum itu, aku mahu bercerita dahulu. Okeh kan ? ?
[Dahulu, ada seorang budak perempuan bernama Z .
Dia merupakan seorang anak yang degil , keras kepala , dan suka mengikut rentaknya apabila membuat sesuatu keputusan . Pada suatu hari , Z telah mencetuskan pergaduhan dengan kakaknya yang bernama W. Dia bergaduh dan melawan kakaknya itu .Lalu , datanglah si Ibu dengan marahnya kerana pergaduhan tersebut .Si Ibu pastinya tahu bahawa Z yang mencetuskan pergaduhan tersebut . Si Ibu pun mengambil rotan dan merotan si Z . Si Z amat marah kerana si Ibu kelihatan menyebelahi kakaknya si W . Dia meninggikan suara kepada si Ibu dan masuk ke dalam bilik . Dia mengambil semua pakaiannya ,dan memasukkannya ke dalam beg . Dia berlari keluar rumah dan meninggalkan ibunya sambil berteriak ,
"AKU BENCI HIDUP DI RUMAH INI ! ! ! "
Si Ibu hanya mampu mengalirkan airmata kesedihan , kecewa dengan kelakuan anaknya . Si Ibu tidak mampu lagi mengawal anaknya itu . Si Ibu tua itu hanya mampu berdiam sambil meratapi nasibnya kerana mempunyai anak seperti Z.]
-TAMAT-
***************************
Sekali lagi diingatkan , ini hanyalah rekaan semata-mata . Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.
Apa perasaan anda apabila perkara di atas berlaku kepada keluarga anda ?
Apa perasaan anda apabila perkara di atas berlaku kepada keluarga anda ?
Adakah anda hidup tenteram ?
TIDAK !
Beginilah akan terjadi apabila kita bersikap tidak peduli terhadap ahli keluarga masing-masing . Beginilah akan terjadi apabila kita hanya bangun tidur , dan menjalani rutin seharian tanpa mengingati ALLAH swt . Rumah yang tidak mempunyai ketenangan , di dalamnya pasti terdapat kekurangan biarpun dilimpahi dengan harta benda yang berjuta-juta .
Oleh itu , di sini aku ingin berkongsi bagaimana kita menyumbangkan diri untuk membina keluarga bahagia . Sebenarnya , tips ini diberikan oleh
Dr.Fadzilah Kamsah , seorang Pakar Motivasi dan merupakan salah seorang contoh terbaik buat kita untuk menjadi hamba ALLAH swt .
Di sini , aku selitkan tips-tips terpilih untuk membina keluarga bahagia menurut beliau .
- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat ALLAH swt , mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
- Sentiasa taat kepada semua perintah ALLAH swt dan memastikan keluarga juga patuh kepadaNYA.
- Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam keluarga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
- Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina ahli keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap ahli keluarga.
- Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
- Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Okeh. Itu ialah tips-tips berguna dari Tuan Doktor buat anda-anda yang di luar sana.
Tips dari aku ? ?
Aku bukanlah seorang anak yang baik , tetapi yang pasti . .
Aku ingin pastikan aku akan bertemu dengan ahli keluargaku di syurga kelak .
Ini juga ada sedikit tips dari aku bagaimana dapat menjadi anak yang baik.
Ayuh ! !
Berusaha menyumbang kepada kebahagiaan dan ketenangan keluarga !
1 . Apabila anda menunaikan solat , ajaklah sekali adik-beradik anda . Biarpun ajakan anda selalu di reject , anda haruslah mencuba dan kreatif mencipta style untuk mengajak mereka solat . Contohnya ,
" Adik , jom kita solat ? Akak dah taubat ni . Kita taubat lah sama-sama . Xnak jadi jahat lagi . Adik jadi Imam tau . Akak tunggu kat bilik ."
2 . Rajin-rajinkan lah membantu Ibu dan Bapa .
Khidmat anak-anak amat diperlukan semasa mengemas rumah , bilik tidur , membersihkan tandas , mencuci pinggan , mencuci dapur , mengelap habuk dan banyak lagi lah !
Jadi , daripada anda membuang masa bersembang-sembang di laman sosial dengan rakan-rakan yang anda jumpa tiap hari sewaktu musim pengajian ,
lebih baik anda rapatkan silaturrahim dengan kedua Ibu Bapa anda .
Makan malam bersama ataupun bersiar-siar bersama mereka .
3 . Tunjukkan contoh yang baik kepada ahli keluarga . Contohnya ,
apabila anda mengatakan bahawa makan makanan berjenama
Maggi , McDonald , Coca-cola , Campbells etc
adalah boikot sehinggakan Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi memfatwakan bahawa haram jika kita membelinya
kerana menyumbang kepada
ekonomi Israel yang rejim zionis itu
kini rakus dan giat membunuh saudara Islam kita di Palestin,
maka anda juga
tidak seharusnya membeli produk-produk tersebut !
4. Saling melengkapi kelemahan ahli keluarga .
Contohnya , apabila terdapat salah seorang ahli keluarga anda yang
fobia kepada serangga seperti lipas , kumbang , dan yang sewaktu dengannya telah terserempak dengan serangga2 tersebut ,
maka ianya menjadi tanggungjawab anda untuk menghapuskan serangga itu.
Amatlah diharapkan agar anda tidak
membantu dalam menambahkan fobia ahli keluarga anda.
5. Apabila anda melihat ibu bapa atau ahli keluarga anda baring berbantalkan lengan, maka ianya menjadi tugas anda untuk memberi mereka bantal .
Apabila anda melihat mereka kesejukan sewaktu tidur,
maka ianya menjadi tanggungjawab anda untuk menyelimutkan mereka dan mengusap rambut mereka lalu
bacalah
Ya Latif sebanyak tiga kali dan hembuskan ke ubun2 mereka.
Ni mantera apa dik ? ? ? Haha
Alahai Kak . Ni Asma' ALLAH swt. Kalau di amalkan ,
inshaALLAH mereka akan dilembutkan hati .
Hmm. Penatlah jari ni. Nanti sambung lagi boleh ? ?
Oh , banyak terima kasih , syukran , arigatou gozaimas , xie xie , thank you , chunmaneyo, ponsikou , nandri , kerana anda memahami .
Aku mahu kembara mimpi.
Oh Tanah Suci memanggil-manggilku !!
Selamat Malam dan Semoga Berjumpa lagi ! !
No comments:
Post a Comment