Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar anda yang comel-comel belaka?
Nampaknya ,
jari-jemari ku ini semakin rancak menaip atas laptop
yang tidak seberapa laju ini.
Jadi , anda-anda yang di sana jangan pelik
bila ada sahaja post baru yang aku post tiap hari okeh.
Aku baru balik dari kampung , menghadiri majlis perkahwinan
salah seorang dari kakak sepupuku. Alhamdulillah,
semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada pengantin baru !
Semoga bahagia hingga ke syurga . .
Sementara itu , waktu petangnya aku meluangkan sedikit waktu
untuk bermain bersama adik-adik sepupuku yang tinggal di kampung.
Aku mula terfikir satu idea !
Aku teringat sebuah kotak di dalam bilik , mempunyai berlambak tudung yang tidak digunakan lagi yang akan diwariskan kepadaku.
Oleh itu , aku pun mengambil tudung tersebut dan terus menyarungkan tudung tersebut kepada salah seorang adik sepupuku yang kecil molek.
Seterusnya, apa lagi ? ?
We have very exciting photoshooting ! ! ! !
Honestly , aku memang suka dengan K A M E R A !
Sebab aku suka sangat sangat menangkap apa sahaja suasana
yang menarik perhatianku. Bak kata pepatah ,
"abadikan kenangan serta merta"
Ya ALLAH. Give me one DSLR . Amin .
Lagi satu , aku suka melihat benda-benda yang cantik ,
dan membuat orang lain menjadi cantik di mata aku.
Okeh, mari kita tanya tuan/puan ABC , apakah maksud cantik
bagi pandangan mereka .
Apa maksud cantik ?
A : Pada pendapat saya , cantik itu ialah apabila anda menutup aurat , berakhlak baik , taat kepada orang tua , wajahnya berseri kerana wudhuk .
B : Cantik ? ? Err. . Cantik tu cantik lah ! Macam isteri dan mak saye .
Mereka cantik kan ?
C : Cantik itu ialah subjektif . Contohnya , bagi insan yang beriman , mereka akan menyatakan orang yang cantik itu ialah mereka yang soleh/solehah. Bagi yang lain pula , berkemungkinan mereka akan mengatakan bahawa cantik itu apabila seseorang itu mempunyai rambut kaler oren , merah , hijau. Pakai baju branded , dan pakaian yang xcukup kain juga akan dianggap cantik . Tapi, whateverlah. Saye pun xtahu nak cakap lebih-lebih .Eh, awak ni dari TV3 tu ke ? ?
Wah wah wah si C ni , panjang lebar pendapatnya. Haha
Apa pun, cantik itu berbeza pada pandangan setiap orang kan ? ?
So , inilah hasilnya photoshooootttt tadi .
Ini hadiah dari kampung untuk anda-anda yang comel .
Hanya menggunakan kamera telefon bimbit aku yang xmahal dan xmurah .
Enjoy it !
***************************************
Nama Model : Siti Alia binti Jimat
Asal : Kota Kinabalu , Sabah .
Bangsa : Bajau + Kadazandusun
Okeh. Ini sahaja yang aku ingin kongsikan sepanjang beberapa hari cuti yang telah berlalu . Doakan aku semoga mendapat keputusan yang terbaik dalam
SEM I yang baru sahaja berlalu .
Selamat berjumpa lagi wahai si comel sekalian !
Adioz . .
Tet . .
Tet . .
. . . .
No comments:
Post a Comment