Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Redhakah aku Ya ALLAH..

Baru sahaja bertemu,kini kami terpisah selama-lamanya..
Pemergian yang tidak disangka-sangka..
Aku tidak dapat menahan sebak apabila pertemuan aku dengan Eyang(nenek sebelah bapa) pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu menjadi pertemuan yang terakhir.. 
Ya ALLAH,sesungguhnya begitu berat ujianMU..
'Setiap yang hidup,pasti akan merasai mati.."
Tidak dapat aku nafikan beberapa hari yang lalu aku memang tidak dapat menerima kehilangan Eyang.. Betapa ALLAH begitu sayangkannya..
Benarlah pepatah "Jgnlah cintamu kepada manusia melebihi cintamu kepada ALLAH"
Kerana tidak dapat menerima insan yang amat disayangi,hatiku menjadi pedih. 
Aku seolah-olah memberontak sejak akhir2 ini.
YA ALLAH,tetapkan hatiku untuk terus mencintaiMu,kekal di jalanMu.
Biarlah pemergian insan yang aku sayangi menjadi peringatan buatku.
"Barangsiapa yang Aku ambil orang yang disayanginya lalu dia bersabar dengan mengharapkan balasan baik dariKu maka tidak ada balasan yang layak untuknya kecuali syurga"
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
Ameen.

No comments:

Post a Comment