Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Salam Ramadhan.

Setelah beberapa minggu berlalu, kedengaran bunyi letupan mercun di luar rumah. Aku yang sedang tekun menonton televisyen. Tiba-tiba buaian adik bergerak-gerak.

Alamak ! Adik bangun lagi. Setelah berpenat lelah aku mendodoikan adik dengan nyanyian Alif Ba Ta, adik terbangun lagi. Aku mengeluh sendirian.
Ku jenguk ke luar tingkap. Masya ALLAH. Dua orang addikku sedang giat bermain mercun bersama anak-anak serta cucu-cucu jiran yang lain.

Lalu aku menutup pintu dan mengunci grill tanda protes dan marah kepada aktiviti selepas solat maghrib mereka.

“Jangan kamu masuk rumah!” Akibat terlalu geram, aku mengeluarkan perkataan yang ‘agak’ kasar tersebut.

Aku kembali mendodoikan adikku di buaian dengan nyanyian Alif Ba Ta yang menjadi
kegemarannya sejak ia berada di dalam kandungan. Biarpun ahli keluarga yang lain
selalu ‘ter’ketawa mendengar nyanyianku, semua tidak ku pedulikan.
Bak kata Hassan Al Banna :
“Akan ku sampaikan dakwah ini sehingga kepada janin yang berada di dalam perut ibunya.”


Dan sehingga kini, lagu itu juga tetap mendodoikan adikku.
Teringin sekali untuk merasai bagaimana berhasilnya pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Ini juga merupakan salah satu kajian tindakan yang aku lakukan. :D
Aku ingin membentuk adikku yang satu-satunya diberi kesempatan bagiku untuk dibentuk sejak dari dalam kandungan.

Jikalau orang lain menyanyikan lagu Senja Nan Merah nyanyian Awie dan Ziana Zain,biarlah aku menyanyikan lagu Alif Ba Ta nyanyian Aeman agar nasihat yang brmanfaat sentiasa bermain di lubuk hatinya.Jikalau adik orang lain didodokan dengan lagu Waka Waka nyanyian Shakira,biarlah adikku didodokan dengan lagu Jangan Lupa Sembahyang nyanyian Aeman.

Inilah hakikat zaman sekarang.Ramai ibu bapa salah memasukkan unsur-unsur ke dalam jiwa anak-anak.Ada ibu bapa yang suka mendedahkan anak-anak kepada hiburan
dan bukan Al-Quran.Ada ibu bapa lebih suka mengenalkan anak kecil mereka dengan 'one two three'daripada Alif Ba Ta(alangkah baik kalau seimbangkan kedua-duanya)dan ada juga ibu bapa lebih suka menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen daripada kelas fardhu ain(KAFA).


Buat kakak-kakak dan abang-abang di luar sana yang mempunyai adik kecil dan digelar mak muda atau bapa muda(biarpun bukan empunya diri yang melahirkan),bersama lah kita merebut peluang platinum(emas boleh digadai)tersebut untuk mendidik anak-anak kecil yang senang dibentuk.Bentuklah mereka sesuai mengikut acuan dan nilai-nilai Islam(jangan ajar main mercun).

Berusaha lah menjauhkan anasir-anasir jahat seperti goyang Inul dan tom-tombak (hiburan semata-mata)dalam diri mereka.Ajaklah mereka menonton rancangan Adikku-
adikku(Insya ALLAH boleh..!! ):D

TAKBIR!!!

Allahu’alam.

Adakah Anda Juara Bertangguh?

Salam Ramadhan. 
Tanpa disangka-sangka, akhirnya diriku telah berada di bulan Ramadhan semula. 
Berdendang lagu Harapan Ramadhan-Raihan di telingaku. 
Bagiku, inilah kali pertama aku menduduki peperiksaan dalam bulan Ramadahan(kalau ndak silap lah). Ku harap Ramadhan kali ini menjadikan aku seorang yang lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Namun, apa yang terjadi, aku semakin disibukkan oleh peperiksaan EXCEL II STPM yang mengganggu gugat diriku dan imanku serta jiwa ragaku.


Malam itu..Kedengaran azan Isyak di surau berdekatan. Aku yang masih leka menelaah. "Sepatutnya malam ini aku ada kelas mengaji dengan cucu makcik jiran sebelah, kejap lagi lah.." 
Aku meneruskan membaca, menulis dan menelaah. Terdengar jeritan kanak-kanak kecil di tingkat bawah ruang tamu.
"Hish!" 
Bentak hatiku apabila menyedari cucu makcik jiran sebelah rumah datang membuat bising.

Dup! Dup! Dup! Dup!
Kedengaran bunyi tapak kaki menaiki tangga. "Kak, dorang datang sudah.Cepatlah turun.Dorang mengantuk dorang bilang." Aku mengeluh sendirian. Masih banyak lagi topik yang belum diulang kaji. Terlintas di fikiran untuk menangguhkan kelas pada malam itu.Begitu senang aku hanyut dengan nikmat dunia.

Aku mula bermonolog sendirian...
"Budak-budak tu mengantuk pun, dorang paksa juga datang mengaji.Tapi, kau mau batalkan pula kelas mengaji dorang. Sedangkan itu yang nenek dorang amanahkan dengan kau." Astaghfirullahaladzim..

Akhirnya..
Di ruang tamu..

"Alif di atas aa??"(hamba ALLAH yang hina)

Jawab seorang budak..= "aaaa..."(cucu cucu nenek jiran sebelah rumah)

"Ba di atas ba??"(hamba ALLAH yang hina)

Jawab seorang budak lagi..= baaa..."(cucu nenek jiran sebelah rumah)

Dan seterusnya...


********************

Sebelum melelapkan mata, aku bermuhasabah.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Bersegeralah kamu dalam melakukan amalan kebaikan sebelum menumui tujuh perkara yang kamu tidak nanti-nantikan melainkan tibanya ia (1) kefaqiran yang melalaikan (2) kekayaan yang menyebabkan kezaliman (3) sakit yang merosakkan badan (4) usia tua yang menggagapkan percakapan (5) kematian yang melenyapkan segala sesuatu (6) tibanya Dajjal, maka ia adalah sejahat-jahat makhluk ghaib yang dinantikan (7) tibanya hari qiamat, maka hari qiamat itu adalah lebih dahsyat dan lebih pahit lagi". (Hadith Riwayat Tarmizi)

Apabila meninjau dengan hati yang penuh insaf, ternyata kebanyakan dari kita selalu menangguhkan semua perkara.(kalau perkara buruk ndak apalah).
"AH,nantilah buat nie..Senang jak ni..",.."Nantilah dulu..Nanti esok.."
Perkataan ini lazim disebut di bibir-bibir juara bertangguh dan tidak terlepas aku sendiri.(nauzubillah)

Tanpa mencoret panjang, aku copy paste ayat di bawah :

Sikap suka bertangguh ini mengakibatkan kesan buruk. Kerja ditangguhkan itu lama-kelamaan akan jadi bertimbun-timbun, untuk menyelesaikannya tentu saja tidak cukup masa dan tenaga, tergopoh-gapah melakukannya dan hasilnya sudah pasti tidak sempurna atau kesudahannya akan terbengkalai.

Keadaan ini sungguh mendukacitakan sekali dan perlu segera dikikis habis-habis jangan sampai ia berakar umbi dan membudaya dalam masyarakat yang ingin maju. Orang yang suka bertangguh sebenarnya mencerminkan seorang manusia yang tidak menghargai nikmati masa anugerah Allah.

Masa sangat berharga kerana sedetik berlalu tidak akan berulang kembali dan tidak boleh dibeli dengan segunung intan. Manusia yang mensia-siakan waktu adalah manusia yang mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, sebelum terlambat dan penyesalan menjadi sia-sia, maka seharusnya kita bersegera atau cepat bertindak melakukan kebaikan. Kita pasti diredhai dan disayangi oleh Allah seperti firman-Nya bermaksud : "Dan orang-orang yang paling cepat pada kebaikan, mereka itu yang didekatkan kepada Allah dan yang akan berada di dalam Syurga kenikmatan". (Surah Al-Waqiah, Ayat 10-12)

Allahu'alam..

Bertemu Wanita Cantik Tidak Baik Untuk Kesihatan ?

Menurut kajian saintis dari Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.


Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.


Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama. Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.


Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.

Penyelidik merumuskan bahawa bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.


Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.

Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk.

Tudung?

Untuk tatapan bersama :

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang- lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I saw some women/celebraties/ tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Memang lumrah. Bila terlalu obses kejar mengejar untuk menjadikan diri cantik, manusia akan lupa pada hukum walaupun dah belajar. Aku sendiri juga mungkin tergolong dalam kategori tersebut. Tapi, bila ada pihak yang mengingatkan dan menasihati, kita akan terfikir kembali inti hadis di atas.

Ada juga pernah terdengar lagu Minah Tudung karya Hafiz Ashari. Bait katanya agak pedas dan berasap telinga, namun inilah hakikat wanita Islam sekarang. Kalau tiada angin, orang tidak akan mengata.

Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat
Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula
Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah

Keluar dengan mak pakai tudung
Pakai sopan aurat tertutup
Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah
Bagi lelaki tengok percuma
Aku sendiri tengok pon heran
Agama kuat tapi baju ketet
Buka tudung rambut perang

Perang perang
Konon tu nak tunjuk belang
Tindik sini tindik sana
Bukan di telinga sahaja
Lidah pon ada
Muke decent tetapi perangai nonsense
Ikut sesuke hati dia
Tapi tak ikut segi agama

Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang
Lain cerite macam monster
Cabut kening ada tatu di badan dia
Pakai makeup pakai lipstick punya tebal
Macam momok macam momok

Masya ala masya ala
Tak boleh angkat tak boleh angkat
Tengok dia tengok dia
Masuk club pakai tudung
Pergi tandas buka tudung

Ooh
Kemana pergi budaya
Kemana pergi agama
Mana pergi melayu kita

Dengar sini semua
Jangan ikut trend masa kita
Kita rosak kita hancur
Siapa nak jawabkan bila kita di kubur
Mak nak jawabkan [sorry sikit]
Bapa jawabkan [sorry sikit]
Atuk jawabkan [sorry sikit]
Berani buat berani tanggung sendiri

Pikir baik baik
Pikir masak masak
Jangan kita menyesal di hari kelak
Pikir baik baik
Pikir masak masak
Jangan kita menyesal di hari kelak

Berubalah kamu sebelum kamu diberubahkan
Ye lah tuk
Tuk juga yang pandai kan
Wateva lah tuk
Eh eh budak ni