Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

29 Jun 2013, Sabtu
# Menikah.

Huh, bukan aku yang bakal menikah! Haha. Gumbira rasa hati bila salah seorang sahabat mengkhabarkan bahawa sahabat tersebut akan bergelar Puan tidak lama lagi, tapi dalam masa yang sama aku gembira, eksaited sbb aku dan sahabat lain turut menjadi VVIP ketika walimahnya nanti. Xsangka dia sudah dewasa! J

Buat sahabat, jikalau engkau membaca post ini, aku hanya mampu mendoakan agar engkau dan bakal zauj berkekalan hingga ke syurga. Allahumma amiiinnn~ Aku xsuka ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Hingga Anak Cucu sebab nanti kalau ada cicit, xkekal lah kan? Chill selalu, I know you can do it! You are deserved for it.

Setakat ni, kawan-kawan sebaya aku ramai yang sudah mendirikan rumahtangga. Semua sudah menjadi zaujah. Ada sorang kawan aku sudah dikurniakan seorang cahaya mata, seorang lagi tengah sarat mengandung menunggu kelahiran baby, sorang lagi sorang lagi otw menjadi zaujah, dan aku pula bakal jenazah. Wakakak. Xsopan!

Tapi, serius. Aku memang xlayak untuk bernikah pada saat ini. Aku rasa sangat-sangat xlayak dan kagum dari jauh dengan sahabat-sahabat yang mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Bila mengenangkan aku perlu selesaikan banyak benda, aku terpaksa tanam dalam2 perasaan cinta itu dengan kemas.

Muslimah harapan ummah, di bahumu terpikul amanah! Yup, aku sedang memikul amanah Inche Baba dan Puan Mama. Di bahuku tergalas amanah untuk menuntut ilmu dan menjadi anak yang solehah dan menjadi saham Inche Baba di akhirat nanti. Aku sudah nekad, aku yang akan jaga Inche Baba dan Puan Mama di hari tua mereka nanti. Aku mahu pastikan parents aku mengharungi hari-hari tua dengan gembira, bukan dengan kedukaan. Bukan apa, disebabkan statistik pengabaian ibu bapa pada masa kini semakin meningkat, jadi aku xmahu jadi penyumbang kepada orang yang mengabaikan ibu bapa tersebut. Adakah itu tandanya semakin meningkat bilangan anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa? L

“Mama, Baba, anak Mama dgn Baba ini sudah dewasa. Akan ku jaga kalian hingga akhirnya seperti mana kalian menjaga aku sehingga kini.”

I don’t care kalau adik-beradik aku yang lain akan kahwin dahulu. Marriage is one of the serious matter that we can’t learn in just a few minutes. A person need to be well prepared sebelum memutuskan untuk berumahtangga.
Teringat bila My Ustadz said, sekarang ni memang x dinafikan kahwin awal itu amat baik dan menjadi trend anak muda zaman sekarang, tapi lebih menyedihkan bila kes penceraian juga meningkat. Sedih. I don’t want to be one of them. Bergegar arasy Allah swt bila ada orang bercerai biarpun penceraian itu halal tetapi bukankah ianya tidak disukai Allah swt? Renung-renungkan dan selamat beramal. ;)
Eh, eh. Xhabis lagi. ^^ Aku teringat satu post di facebook. Jom baca sebagai penutup posting kali ni. Aku xhafal ayat dia seratus peratus, tp aku boleh ingat sikit2. Enjoy!


"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."     kredit to : keretamayat.blogspot.com

“Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.”


18 Jun 2013, Selasa  
#post yg sudah lama di dalam laptop, tapi tidak di publish.

Aku telah dilamar..
Menjadi…
..
..
..
..
..
….
GURU TADIKA. Hihihi~
Sorry lah, saspen sikit kan intro posting kali ni. Setelah tamat sem 4, makan bermula lah cuti sem yang akan membuat aku fullblast bosan! Jadi, 18 Jun 2013 tu, aku pun menyumbangkan diri menjadi guru tadika di salah sebuah tadika yang berdekatan dengan rumah aku.

identiti tadika dirahsiakan untuk menjaga nama baik dan kesucian tadika. Konon. :P

Eh lupa, Apa khabar dan Assalamu’alaikum wbt kawan2??
Kalau xjawab dosa, kalau jawab, sayang. ^^

Bukan mengada-ngada, tapi bukankah salam itu mengeratkan kasih sayang umat dan menghilangkan sikap ego dalam diri insan? Hmm. 

Ok, mau cerita sikit tentang tadika yang jadi tempat aku berkhidmat sekarang. Budak-budak tadika di sini advance sangat-sangat. Sudah hafal macam-macam doa, surah dan lagu islamik. Fuuhhh~ Perhimpunan pagi 30minit, dorang boleh jadi guru buat aku! Dorang hafal hadis, juz amma, dan macam2 ada lah. Aku rasa malu, rasa rendah diri dengan budak2 dalam tadika ni. Dalam hati aku, Ya Allah, senang dorang menghafal. Sebab dorang masih suci dan tidak berlumur dosa seperti aku. L Waktu aku dulu, untuk hafal doa qunut pun ambil masa sebulan, itu pun terpaksa tampal doa qunut di dinding, jadi tiapkali solat subuh, mata aku akan terpandang kertas di dinding. Hmm. Dorang bertuah kan? Btw, apa pun aku harap aku boleh dapat ilmu yang berkat di sini. Bak kata orang, mengajar sambil belajar kan? Masih belum terlewat kan sebab menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad. Oklah, penat jari ni sebab banyak buku budak untuk ditanda. Jumpa lagi. Salam ;)

# the end!

( aku xtau kenapa aku suka guna #. Comel mungkin? ^^)



Selasa, 4 Jun 2013.

Pagi itu cuaca mendung sekali. Aku sibuk menggosok baju kurung berwarna pink untuk dipakai ke dewan peperiksaan. Maklumlah, musim final exam ni, aku sememangnya rajin memakai baju kurung dan kasut bertutup, formal lah katakan. Kalau pakai selipar, duduk luar lah xboleh jawab exam. J Jam menunjukkan jam 9 pagi. Setelah selesai bersiap, aku mencium dan salam tangan Puan Mama, berpesan kepada Puan Mama agar mendoakan aku. Aku merancang untuk bergerak lebih awal kerana risau ketiadaan bas memandangkan aku agak memilih jenis bas dan penumpang2 di dalam bas tersebut. Kalau aku senang dengan suasana dalam bas tersebut, maka aku akan menaiki bas tersebut untuk ke kampus. Jikalau tidak, aku akan menunggu bas awam yang lain pula untuk dinaiki.

Tiba sebuah bas, penumpangnya tidak ramai, berhawa dingin. Jam menunjukkan pukul 10.45 pagi. Aku senyum dan tanpa berlengah, menaiki bas tersebut. Aku duduk sambil memandang ke arah luar bas. Seperti biasa, melihat keindahan pokok2 menghijau di sepanjang jalan yang masih belum menjadi mangsa kerakusan manusia yang tamak mengejar pembangunan. Tiba-tiba hatiku berasa tidak menentu. Aku mulai resah. Aku mula bermonolog sendirian,

“What have i done before that makes me feel like this???”

Aku tenangkan hati aku. Ya Allah, tenangkan aku. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar.
4 missed call? Panggilan dari salah seorang coursemate aku. Aku memang sudah agak. Mesti ada yang xkena.  Aku pejamkan mata, berdoa agar Allah tenangkan aku yang mulai panik. Telefon bimbitku bergetar lagi. Jariku dengan laju menjawab panggilan tersebut.

Miss Q   : Kau kat mana?
Aku       : Aku dalam bas, otw pergi dewan exam. Kenapa?
Miss Q   : Kau tau tak exam Parenting kul bape?
Aku       : Pukul 2 petang kan?
Miss Q   : Wehhh, kul 9 pagi laaaa..Skrg dah kul 11, aku      
              ingatkan korang dalam dewan exam..Sebab tu aku      
              xcall tadi..

*call ended.

Airmata aku sudah mula gugur. Aku kesat dengan laju sebab aku dalam bas. Ya Allah, perasaan yang bercampur baur. Adakah ini kenyataan atau mimpi? Aku cuba untuk berlapang dada dan memujuk hati. Ya Allah, patutlah sejak dari rumah aku xtenang. Rupanya ini. Hmm. Aku redha. Aku kuatkan hati, aku bercadang  untuk call seorang lagi kawan aku, Miss L. Tapi, tanpa sempat menekan butang memanggil, nama Miss L sudah tertera di skrin nfon. Dia juga mengalami nasib yang sama seperti aku sebab aku yang bagitau dia exam jam 2 petang. L Sorry Miss L, I admit it, it was my fault. 

Lepas tu, aku dengan Miss L bergegas ke kampus untuk berjumpa Pensyarah. Hampir sejam berada di luar bilik pensyarah, disebabkan terlalu takut. Miss L sudah mula menangis. Aku tabahkan hati. Eyes, please don’t cry. Aku tarik tangan Miss L, masuk dalam bilik pensyarah and speak with her. I can’t tell our conversation sebab waktu tu aku sudah xingat apa2, yang aku ingat, aku menangis depan lecturer tu merayu minta kami duduk paper exam sekali lagi. At last, dia setuju. Aku rasa lega. Alhamdulillah. Ujian Allah swt ini cuma sedikit tapi boleh membuat insan terduduk. Aku mula belajar untuk lebih alert, tapi apa pun berlaku sedikitpun aku tidak akan berputus asa. Aku tahu, setiap masalah yang Allah swt turunkan itu ilmu untuk aku. Bila masalah seperti ini berlaku, aku mula yakin bahawa ini cuma dugaan kecil dari Allah swt untuk jentik hati aku yang semakin lalai dan alpa. Ya Allah, terima kasih. Allah bagi aku peluang kedua dan melembutkan hati pensyarah tersebut untuk menerima maaf dari kami.


Sekian sahaja cerita pada hari ini. Tajuk : Kisah Aku Terlepas Exam.