Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Penyakit "KALAU"

Assalamu'alaikum..
Setelah beberapa kurun lamanya blog ini ditinggalkan..Akhirnya hati tergerak untuk mencoret sesuatu..
Membaca sebuah hadis Rasulullah saw :
"Bekerjalah atas apa jua yang bermanfaat bagimu.Mintalah pertolongan dari ALLAH dan jangan berasa lemah.Jika sesuatu menimpamu,maka jangan katakan,"kalau aku melakukan begini dan begitu,pasti ia jadi begini".Namun katakan "ALLAH telah menetapkan dan apa yang DIA kehendaki pasti DIA lakukan",Kerana berkata 'kalau' itu membuka pekerjaan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

Teringat apabila aku melayari internet pada bulan September tahun lalu.Aku melihat akan tawaran kemasukanku ke UiTM dengan kos Diploma Pengurusan Ladang serta tawaran ke Politeknik Mukah dengan kos Sains Kesetiausahaan. Memang itu yang sangat aku kehendaki.Namun harapanku serta merta hancur apabila melihat tarikh pendaftaran ialah pada bulan Julai.Aku berasa amat lemah pada saat itu.Aku kecewa.Dalam hatiku hanya berkata "Kalaulah aku cek awal,mesti aku d UiTM ataupun Politeknik sekarang."
Ayat itu sahaja yang bermain d kotak fikiranku. Namun seorg sahabat telah memberiku sepotong hadis di atas.

Aku berasa amat kesal.Tanpa menduga ayat yang bermain di fikiranku amat salah.Aku seolah-olah menidakkan takdir ALLAH.
Aku bermuhasabah kembali dan akhirnya aku semakin faham akan takdir ALLAH.Inilah yang ALLAH kehendaki buatku dan tidak perlu aku menyesalinya.

Mungkin penyakit 'kalau' ini juga seringkali melanda pembaca dan akan membuatkan fikiran pembaca terganggu.Sama-sama kita bermuhasabah agar tidak terjebak dengan penyakit 'kalau' ini.
Percayalah dengan setiap hikmah di sebalik ketentuan ALLAH..

Sekian untuk kali ini..
Syukran..