Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

#salam praktikum
Salam and hi.
Now I’m sitting at the Wi-Fi area in my office.  Apa lagi aku mo buat kan. Hari ni hari kelima praktikum, so I need to finish my report to submit it for my supervisor and my lecturer. Minggu ni aku kena tempat di bawah pemantu tadbir bahagian kewangan. Kerja dia memang gila sebab aku calculatophobia.  Aku xsuka tengok nombor, tapi apa boleh buat. I should finish that in order to complete my report biarpun aku hampir migrain. Tapi xpa lah, biarpun praktikum ni xada elaun, elaun akhirat kan ada.  Kalau kita mudahkan kerja orang, Allah swt mudahkan kerja kita kan kan kan.  Tersentak mendengar khabar saudara di gaza. Sehinggakan ada pepatah yang muncul, bersahur di dunia, berbuka di syurga. Sebab dorang xpasti sama ada waktu berbuka nanti dorang masih hidup atau syahid. Ya Allah, rapuh hati melihat saudaraku di sana.  Apa yang akan ku jawab nanti bila di hadapanMu.  Bila ditanya apakah yang aku buat di saat saudaraku yang lain di bunuh dan diperang. Gaza, maafkan kami. Kami hanya mampu berdoa. Maafkan kami Gaza..Kami tidak mampu bersamamu memerangi Zionist laknatullah. Kami tidak mampu mengubat lukamu.  Semoga Allah swt terima doa kami di sini.  Kawan-kawan, jom perbanyakkan doa qunut nazilah.  Doa orang-orang yang berpuasa, mesti dimakbulkan Allah swt kan.

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.