Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Iklan Muslimah

A British man came to a Sheikh and asked:
"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"

The Sheikh said:
"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"

British man replied:
"Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen

Elizabeth"

Sheikh replied with a smile on his face:
"Our women are queens and queens do not shake hands with strange men."

Hakisan Keikhlasan


Assalamu'alaikum.

(bila aku upload picture Ultraman Mebius di facebook, ada hamba ALLAH bertanya. Kenapa tiba-tiba Ultraman? 
Jawabku tanpa segan silu : 
Anggaplah raksasa tu penyakit M A L A S.Kita bako dia.)

Teringat saat-saat melawat nenda di kampung. Menatap wajah nenek, Nek Tih dan datuk, Nek Tam(Nek Tih stand for Nenek Putih,manakala Nek Tam stand for Nenek Hitam. Wajah tua itu masih setia menunggu kehadiran pembeli-pembeli. Kedatangan kami sekeluarga menceriakan rumah usang itu bersama 'budak comel itu' yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupanku di tempat kerja, di rumah dan di dalam mimpi(pernah termimpi juga). Nek Tih merupakan bidan kampung. Salah satu kelebihan buat keluarga kami.
Bila sakit, jumpa nenek. Bila kaki terseliuh, jumpa nenek, bila usus perut memulas sana sini, jumpa nenek, bila rahim terturun(orang lain lah),jumpa nenek,bila mahu melahirkan anak(orang lain juga),jumpa nenek.
Memang sudah sebati. Sehingga pada hari itu, aku terasa perut dicucuk-cucuk. Lalu, tanpa segan dan silu, aku meminta agar Nek Tih memeriksaku. Selepas diurut, akhirnya, diagnosis menyatakan bahawa aku menghidap gastrik? Tahniah dan takziah.


Baru sahaja di tadika, minggu lalu seorang daripada pelajarku mengadu. Ketika aku sedang menyelesaikan urusanku di dalam tandas yang tidak berkunci. Tiba-tiba..

"Cikgu!!! Cikgu!!! Die nak jilat !"
Terdengar suara seorang pelajar kesayanganku diiringi tangisan yang kuat. Urusanku aku tangguhkan. Agak susah sekiranya kita berjuang sendirian tanpa jemaah(sendirian dalam tadika). Aku meluru keluar tanpa menyelesaikan urusanku di dalam tandas. Aku dapat mengagak siapakah gerangan 'dia' itu. Ku lihat 'budak comel itu' menjelirkan lidahnya sambil mengejar salah seorang pelajarku.

Sambil menyising lengan bajuku yang basah, mencapai pembaris besi di atas meja, aku meninggikan suara. Menhentak meja dan..
Akhirnya,masalah selesai.
Bila bercakap mengenai 'budak comel itu', aku tidak tahu mengapa dan kenapa dia sering sahaja menggugat kesabaranku. Membuatkan aku menjadi seorang yang pemarah! Tiap kali apabila tiba sahaja di rumah, insan yang pertama akan aku temui ialah ibuku. Seringkali aku mengadu mengenai budak tersebut. Namun, ini juga jawapan yang sering kedengaran..Dengan suara seorang ibu yang menasihati anak gadisnya..

"Kalau kerja,jangan kuat mengeluh. Nanti jadi ndak(tidak) ikhlas."

Toing! Mahu sahaja aku berkata bahawa kenapa ibu yang melahirkanku tidak memahami perasaanku. Kenapa? Why? Ya ALLAH..Batinku menjerit tapi tidak bersuara. Beginilah aku, insan dan hamba ALLAH yang suka menjerit tanpa memikirkan pandangan dan nasihat orang lain.

Namun,bila difikirkan,kata ibu memang ada betulnya. Maklumlah, bak kata pepatah, ibu kita lebih awal makan garam. Seorang sahabat pernah menasihatiku. Boleh mengeluh, tapi apa yang ditakuti keluhan kita akan menggugat keikhlasan kita dalam membuat sesuatu amalan.
Nah! baru teringat,baru tersedar. Nasihat ibu memang betul. Sama maksud, tapi lain versi. Pucuk ubi,pucuk paku,baru kau tahu.

Hingga kini, aku sedar. Keikhlasan? Adakah kita ikhlas dalam setiap amalan yang kita lakukan?
Seringkali aku mengeluh,mengeluh,dan terus mengeluh. Bila kerja berlambak, terus mengeluh. Bila ada masalah, terus mengeluh. Alahai manusia ! Kadangkala terlupa bahawa setiap masalah merupakan tarbiyah dari Pencipta. Tanpa disedari, keikhlasan dalam amalan semakin terhakis sedikit..Sedikit..Dan demi sedikit..

Akhir kalam,

"BUAT DENGAN IKHLAS,BUKAN KERANA TUGAS"