Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

#suka menulis
“Saya sangat suka menulis. Hari2 saya menulis. Saya menulis nota, diary, mesej dan kata2 yang buat orang terharu serta kata2 baik yang mampu menyentuh hati manusia!”
          Ya, aku tersangat suka menulis. Dulu, aku pernah buat cerpen pendek, tapi aku berhenti sebab bosan, jadi bakat aku yang terpendam tidak dapat diasah. Aku juga berbangga sebab aku dapat A untuk PMR, A untuk SPM, dan A juga untuk STPM bagi subjek Bahasa Melayu! Hik3. Eh, tapi bukan aku sahaja yang bangga, cikgu aku, Cikgu Flora Loh aka Cikgu Faridah Abdullah juga turut berbangga sebab dapat mendidik aku sampai dapat gred macam tu. And special thanks to her, because never give up and always push me to write anything with any words and content. Oh my English. Kalau subjek Bahasa Inggeris pula, aku boleh lah sikit2, sebab mother-tongue language aku Orang Putih Bajau Samah. Kui3.
Okay, sekarang aku sudah berada di rumah. Sebab sebelum ni, aku bertapa secara tidak sah di bilik kawan aku, Miss Q. Disebabkan motivasi aku akan tinggi bila di tempat lain, so i have decided to stay at her room for this final exam. Syukur Alhamdulillah, berkat kasih sayang dan rahmat Allah serta usaha yang Miss Q dan geng studi grup aku, aku boleh lah jawab atau dalam erti kata lain, boleh survive untuk final exam ni. ALHAMDULILLAH. Aku Cuma mampu bertawakkal setelah berhempas pulas perah otak dan berusaha buat persiapan untuk final exam kali ni. Aku terharu sebab semua topik2 yang kawan2 aku bincang, itu lah yang keluar dalam exam. T_T Pertolongan ALLAH swt sangatlah dekat.

Back to reality, aku ketepikan hati yang sudah rapuh dan hancur bila jadual sem depan aku clash dengan subjek Parenting yang aku kena ulang sebelum praktikum. L Aku rasa mahu nangis, tapi aku masih kuat! Aku harap aku dapat ulang subjek Parenting sem depan. Kalau tidak, maka akan bertambahlah kehancuran dan keleburan hati aku. Ya ALLAH, permudahkanlah segala kesulitan yang aku alami dan hilangkanlah segala keresahan ini. Amin. Hmm, oklah. Azan Isyak sudah berkumandang, aku perlu bertandang ke dapur sebab terhidu masakan Mama. Ehe!. SALAM, sampai bertemu lagi yer! ^^