Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

"ke mana kau menghilangkan dirimu, ku rasa rindu, ku mencari mu di singgahsana"
Tajuk : Ke Mana Kau Menghilangkan Diri by Apit Baronbros.

 Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh pipol!
I am back. Haha.

Okay. Bukan xmahu update belog, tapi kan, ayat ni selalu bermain di otak aku;

"argh, nanti lah bah aku update, banyak masa lagi"

Ini masalah kita sebenarnya kan?Do you reaaalllyyy feelll whatt i feelll?? o.O
Eheh.  Tapi, memang hakikat kan? Bukan kebetulan atau rekaan!
Kita bukan fikir kita xada masa untuk buat sesuatu, tapi kita selalu fikir kita ada masa untuk buat sesuatu benda tu. Sebab tu lah blog ni aku update jarang-jarang. =..=
Haha.

Hmm. Berbalik dengan lagu di atas tadi, sebenarnya aku peminat lagu-lagu Baronbros.
Xpercaya? Ouh, aku juga xpercaya. Hee. Biasa lah, lagu lentok2 macam ni sesuai dengan jiwa aku.
Oleh kerana itu juga, aku suka irama nasyeed. Sebab lembuuuttt gituuu. Peduli lah kamu mahu cakap lagha kah apa. Nanti aku update status fb

'jangan jumud dan shadid sangat, saya tidak suka"
Look like a Gangster. Kan!

 Eh, ok. Sebenarnya aku mahu kongsi something.

Kemarin punya kemarin, aku duduk di ruang tamu. Lepas tu, my Mama cakap;

" Mama beli tudung baru, panjang sampai sini(sambil menunjukkan perut).
Aku pun terkejut. 

"Hah? Tudung labuh kah Mak??Mana? Mana??"  
I asked my mom.

"Iya. Ada di jemuran(ampaian).Tapi, Mama punya"

Hee? Mama punya? Kalau aku minta, mesti Mama bagi dekat aku juga kan. Haha.
Tapi, serius aku cakap, my Mama memang macam tu. Kalau my Mama beli apa-apa, if I said that I want it, she will give it to me sebab aku ni jarang minta barang-barang kalau aku xsuka.
Tapi, bukan sebab itu. Tapi, sebab kasih sayang seorang ibu, 
"my Mom and your mom or all of the mom2(haha) are willing to sacrifice everything to make sure their children are happy, and for your information juga, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu dapat jaga seorang ibu kan?Wink3.

Akhirnya, tudung itu kini menjadi milikku. Tapi, semalam waktu aku menaip2 di laptop, 
my Mama panggil bawa beli tudung macam tu di kedai yang jual tudung tu! Haha.
Jujur, aku tersentuh. Maklumlah, aku ni sensitif orangnya(konon).
 Rasa mahu menangis pun ada. Fufufufuuu~ T_T

Jadi, apa lagi, semalam aku beli tudung tu dua pasang, satu warna cokelat satu warna hijau.
 Funky! I like it. And of course, not too striking lah kan.
Aku juga xmahu nanti di bilang kok kamu makai hijab tapi tabarruj(berhias berlebihan).
Yeah! Alhamdulillah. Mungkin sebab Allah tahu aku perlu kan?
Bak kata pepatah yang selalu aku guna;

ALLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu!

Sebab sebelum ni,waktu berjinak-jinak pakai tudung, my frens keep asking me kenapa aku suka pakai tudung warna hitam, warna putih, kalau xpakai warna putih, warna hitam. Tetapi, apakan daya, aku ni degil juga. Dalam hati aku, apa aku kesah! Apa yang penting, aku tutup aurat! Diam kamu! Haha. Itu lah aku yang jahil jahil jahilliyah! Wakakak. Ops! Xsopan. :)
Lepas tu kan, aku pakai jak lah warna hitam dengan putih tu sampai la aku aku masuk ipt.
Waktu masuk ipt tu, hari2 ada kelas, dari pagi sampai petang, jadi aku mula fikir, eh hari2 aku pakai tudung warna sama, nanti kawan2 aku fikir aku xcuci tudung, kawan aku fikir aku pakai tudung yang sama. :( Lepas tu, aku bawa lah tudung2 warna warni yang ada di rumah untuk pakai waktu kuliah. So sad tapi terpaksa. Kalau kawan2 rapat aku mungkin faham, tapi ni kawan2 ipt, baru kenal, xada taaruf. Mesti kadar buruk sangka lebih tinggi dari kadar baik sangka kan? Erk. Di situlah aku mula belajar variasikan warna tudung. Matching2 baju dengan tudung lah. Apa daaa~
Tapi, jujur. Tudung-tudung 50 inch yang aku pakai sekarang adalah hasil daripada infak kawan2
aku yang berjiwa suci lagi murni. Mungkin diorang mahu tengok aku pakai tudung yang lain dari warna hitam dan putih kan. Haha. Ada lah sehelai dua tu aku beli. Tapi, mostly kawan2 bagi. Sebagai galakan untuk aku istiqamah pakai tudung kan dan dapat tutup aurat dengan sempurna kan? :)

And, finally hasil usaha mereka berjaya dan mendapat rahmat. Sekarang, semua jenis semua warna tudung aku pakai asalkan menepati syariat Islam. Terima Kasih Sahabat. Oklah kbai.
Salam satu akidah!

Mood : risau, result exam xkeluar lagi.

^_____________^



















Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
Assalamu’alaikum wbt guys!
Apa khabar? Rasa mau update belog pula hari ni.
Memandangkan hari ni (7 Jan 2013, Isnin) aku tiada paper,
jadi aku pun duduk rumah goyang kaki tangan menaip sambil jaga Hafiz.
Semalam, aku tengok jam di nfon. Pastu tiba-tiba aku nampak tarikh 16(Rabu) Januari 2013.
Pastu aku hampir terkena serangan jantung bila aku nampak jadual exam aku,
11 Januari 2013 (Jumaat) ialah Interviewing and Observation Skills!
Aku gosok mata aku. Aku cakap ini tidak mungkin. Ya ALLAH, ini tidak mungkin! Jantung aku mau tercabut. Ayat-ayat lecturer aku berlegar2 di otak aku!
“Jangan sampai ada yang lupa waktu exam..Nanti kamu kena repeat paper balik, rugi satu sem.”
Aku ingatkan aku terlepas satu paper.Allahurabbi. Pastu aku recall balik, rupanya Jumaat tu kami ada paper Personnel Psychology dengan Principle and Philosophy of Counselling. Haha. 
Jadi, sebenarnya, aku yang salah set date/times dekat nfon tu, pastu  last2 aku sendiri kalut.
Haha.
Moral of the story : 
DON’T PANIC and I admit that I am careless!

Ok berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya, hari Sabtu tu, aku plan dengan kawan aku mau pergi Masjid Darul Hikmah, Bukit Padang untuk hadir ceramah satu orang Ulama dari Syria yang dianjurkan oleh Muslim Care. Kalau majlis ilmu ni, kita berdoa, mustajab kan. Lagi2 ada ulama. Tapi punya tapi, kereta untuk tumpang satu orang kakak tu sudah penuh.  Maklumlah, aku ni Cuma ada bas no 11 (sepasang kaki). Hmm. Aku redha. Finally, i can’t go. Lepas tu, Ahad pula, ada Woman’s Talk yang bertajuk Muslimat Celik Politik. Aku apa lagi, eksaited lah mau pergi. Unfortunately, I saw my Mama tengah buat kuih yang orang tempah. Jadi, itu sebenarnya kewajipan aku. Aku dilemma. Mau pergi talk tu atau tolong Mama. Memandangkan adik-beradik aku merayau entah ke mana, yang tinggal cuma Hafiz di rumah bersama Puan Mama, aku nekad! Aku xkan biar Puan Mama tinggal sorang. I ve decided to take care of my lil brother rather than attending that talk. :) Aku redha.
Aku cuma rasa ini pilihan terbaik sebab aku xakan biar Puan Mama rasa sendiri sedangkan Puan Mama bersusah payah bertarung nyawa melahirkan 4 orang anak perempuan yang kini sudah meningkat dewasa, dan dua orang anak lelaki. Sila lah menangis dengan airmata yang laju. T_T
Aku xminta apa-apa bila tolong Puan Mama. Aku cuma berharap, if I am getting married one day, my son/daughter could do the same for me. As I said before;

“Put yourself in other’s shoes”

Lalu, setelah meletakkan diri aku di tempat Puan Mama, aku merasakan Puan Mama tidak mahu apa-apa kecuali sokongan moral dari anak-anak. I’ve remembered my Mama told me before that her friends, our neighbor was crying alone in the kitchen when nobody besides her to help her cook and preparing their meals every day. I am speechless. Keep silent. (sebenarnya aku sebak.).
And this is the true words that interpreted from the deep inside my heart, from what my Mama said;

“ Ibu bapa ni sebenarnya xmahu apa-apa pun dari anak-anak kecuali penghargaan, penghormatan, kasih sayang dan perhatian. Jangan bagi harta, kerana harta mereka juga ada. Tapi, bagi ibu bapa ni perhatian, anak-anak perlu jaga ibu bapa ni lebih baik dari ibu bapa kita jaga kita masa kecil. “

Aku rasa, ayat ni pun sudah cukup buat mereka yang bernama insan faham apa sebenarnya tanggungjawab kita kan. Aku Cuma harap sebagai anak, aku dapat jadi saham untuk masukkan Puan Mama dengan Encik Baba ke dalam syurga. Aku selalu tekankan dengan diri aku, sebagai anak, jangan jadi penyumbang untuk ibu bapa kita masuk neraka. Dalam facebook juga aku selalu nampak,
“Anak-anak yang keluar rumah tanpa menutup aurat sebenarnya tidak sayangkan ibu bapa!”
Aku sebenarnya rasa kesian dengan Puan Mama dan Puan Baba. Yes, I know that I am normal human being, xkan pernah lepas dari dosa. Kadang-kadang, ayat itu lah penguat aku. 
Aku xmahu, disebabkan dosa aku, Puan Mama dengan Puan Baba terpaksa turut sama menanggung saham dosa aku.
Jadi, jangan pelik bila aku ni lebih pentingkan kewajipan terhadap Puan Mama dan Encik Baba daripada benda lain. I just want to appreciate them as long as I am alive.
Redha ALLAH itu terletak pada redha ibu bapa kan. ;)
Oklah, I got to go. I’ ve planned to visit my Nek Tam and Nek Tih today.
Semoga menjadi anak soleh dan solehah. Amin.
Zaijian!



Assalamu'alaikum wbt.
I am back. Yes, i am back. :)
Alhamdulillah!

"i managed to answer the paper smoothly but the temperature in the exam hall stop me from writing too much."- 4 januari 2013, dkp20

Pengawas peperiksaan tu xsepatutnya letak temperature macam tu!
I think its below 16 degree celcius. Habis semua student gosok sini sana untuk panaskan badan.

My fren asked me,
"macam mana soalan tadi?"

aku tersengih, pastu aku jawab dengan selamba,
"senang, senang untuk kelentong"

 Tapi, sebenarnya aku xlah kelentong 100%.
Ada jugak lah yang aku boleh jawab. Tapi bila part yang aku xboleh jawab,
aku tulis jugak, tapi ada lah jugak terselit cerita naruto dan teknik bayangannya. Haha.
Apa yang penting, aku berusaha kan. Cikgu aku pernah pesan, jangan biar kertas jawapan tu kosong.
Dari sekolah menengah dulu2 sampai masuk ipt, i keep holding on the amanat.
Biarpun aku kurang pintar, tapi aku xakan biar kertas jawapan tu tidak berjawab.
At least, i can show some effort to finish it, and i can get the markah kesian.
Hoho.

Sejujurnya, sem ni adalah sem huru-hara dan sem ribut taufan.
Aku xsedar pun rupa2nya sudah final exam. Tanda kiamat maybe?
Ya ALLAH, kadang2 aku rasa macam mahu quit, tapi ini tanggungjawab kan.
Tanggungjawab menuntut ilmu.
Namun yang penting, keyakinan kita terhadap kekuasaan ALLAH itu lebih utama.
ALLAH xbagi apa yang kita mahu, tapi ALLAH akan bagi apa yang kita perlu.
am i rite? ;)

Tapi, apa yang aku harap, aku xmahu jadi fitnah buat umat Islam.
Umat Islam mesti berjaya kan. Umat Islam bukan lemah.























"bitter heart bitter heart tries to keep it all inside..bitter hear my bitter heart is gettin' just fragile "
Zee Avi-Bitter Heart

Assalamu'alaikum wbt guys!
 Lepas siapkan assignment yang terakhir, biarpun dekat2 exam, lecturer masih bagi assignment, aku belajar untuk tetap tabah. Aku tahu kalau kita xmahu tahan penat lelah menuntut ilmu, maka aku akan berdepan dengan peritnya menanggung kebodohan.
 Lama ndak jumpa kan. Kikiki~
  I am having my war! Oh no.
Haha.
Ekceli sekarang aku tengah final exam. =.=
Honestly, im not well prepared tapi aku paksa juga diri aku masuk dan melangkah dalam dewan exam! Dengan kefahaman yang ada waktu kuliah, lepas tu ditambah oleh jadual exam yang berderet
tiap hari dari pagi sampai petang, i can say that im dying and exhausting. :(
But, when I give up, as usual, I will give it up to Allah swt.

"children spinning around till they fall down, down, down"-Zee Avi(Bitter Heart)

And im spinning around my head when facing with final or midterm exam!

2 Jan 2013-15 Jan 2013. Mampukah aku bertahan Ya ALLAH..
Sepanjang studi week tu aku xbelajar. :( 
Aku siapkan assignment Kaunseling Kelompok;
(cari klien, buat sesi 6jam+laporan dalam makmal+laporan di setting).
Ok, aku mengaku memang salah aku sebab anxiety level aku xtinggi biarpun xsiap assignment.
Lepas tu, satu sem ni aku macam kurang update belog kesayangan ni kan?
Hihi. Bukan apa, cuma broadband yang selalu berkhidmat untuk aku sudah ditamatkan perkhidmatannya dan sekarang aku cuma bergantung dengan wifi jiran depan rumah. Shh!
Oklah, mau Maghrib sudah.Kena bersiap. Have a nice day!
For those who taking their exam, I wish you luck luck luck and luck!
Doakan aku tabah dan kuat hadapi sem ini. ^_^
Salam Imtihan.


p/s: tawakkal itu terletak di hujung usaha manusia.