Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Sek Fan

Assalamu'alaikum wbt !

No more babbling for today.
I just want to let you watch this ok. 


Hargailah keluarga anda biar bagaimanapun mereka . .
Mengalir airmata tengok video ni kan ?
Muhasabah kembali.
Aku mahu jadi anak yang solehah.

Mama, Baba, yes. I will.
InshaALLAH.

Merenung kembali masa lalu. Tanpa sedar, kita  menyakiti mereka.

Durio Zibethinus Murr



Assalamu'alaikum wbt anda-anda di luar sana !


Bertemu lagi dalam posting kali ni .
What I want to share for today is . .

Durio Zibethinus Murr .


Errk ? Hewan apa tu ? ? Baca jer lah ! Hihi


Waktu pagi tadi , my Baba xada di rumah. Then, I asked one of my siblings.


Me : Mana Baba ?
 
Her : Kau mau tau Baba pegi mana ? ?(sengaja buat aku suspen)

Me : Mana ? Baba pegi mana ? ?(curious)

Her : Baba pegi borong buah durian! ! ! (dengan suara yang mengejutkan)

Me : Hoyeaaahhh ! ! (pura2 terkejut dan gembira xterkata)



Hah , ni dia Durio Zibethinus Murr(latin) !
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa kami eksaited kalau ada buah durian ni. Sebab , kalau di Negeri Bawah Bayu ni, buah durian mahal sangat-sangat !
 
1KG = RM10.00


agak-agak, kalau di Sabah lah kan, harga sebakul durian ni berapa yaa ? hihi
Thats true !Kalau di Tanah Melayu tu, kawan aku cakap durian manyaakk murah woh. \Kadang-kadang boleh dapat satu bakul harga sepuluh ringgit. Haaa.. Hebat kan?
So, moral of the value,

tanamlah pokok durian wahai penduduk Negeri Bawah Bayu ! !
Hihi.
Tadi , semua orang xmakan malam kecuali my Baba, my Hero.

Aku dengan lagi dua orang adik aku(yann&ira) melantak buah durian di dapur. Masing-masing berlumba siapa dapat makan durian paling banyak.Then, I cant hold it anymore. Finally aku menyerah dengan geng-geng pemakan durian terhebat itu . Aku jilat jari aku(sunnah Nabi saw kan), lepas tu aku chawww sambil diorang tu gelakkan aku. . . . .

Okeh lah. Sampai sini sahaje lah.
Doakan semoga buah durian yang aku makan tadi xberi apa-apa kesan!
See you at the next posting, InshaALLAH.



Assalamu'alaikum wbt. 

Begitu giat jari ini menaip.
Begitulah , apabila cuti sudah bermula dan lapang daripada kuliah , assignment , dan kelas tutorial  yang menjadi rutin saban hari , makan hidupku akan lebih tertumpu ke dunia penulisan. Memang sejak dahulu aku bercita-cita untuk menjadi penulis. Aku mempunyai pelbagai cerita untuk dibukukan. Namun, apakan daya semua hanya berhenti di pertengahan jalan . Aku semakin tumpul dalam membina idea.

(eh, kejap.ini ayat novel kan?haha)

Okeh okeh okeh. Itu cuma pemanas sahaje. Sebenarnya aku memang minat sangat menulis dan melukis. Melukis ? Boleh lah sikit-sikit sebab waktu ambil STPM dulu , demi mendapat pointer yang tinggi , aku pilih subjek yang ringan. Antaranya ialah ;

Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Seni Visual , dan Pengajian AM.

You know what ?
Mula-mula , aku ditempatkan dalam kelas Ekonomi. 
Pergh ! 
Aku sendiri akan K.O kalau aku masuk kelas tu. 
Bak kata pepatah,
menyerah sebelum bertarung. Hihi
Pengajian AM, Pengajian Perniagaan, Ekonomi(mikro+makro), Sejarah.
Hah ! Ambik mung. But, I have rejected all of that.
Sebab aku tahu, I will not be able to telan semua benda-benda tu, lebih-lebih lagi bila melibatkan nombor. Biasalah, kalau sudah xminat subjek Matematik. 
So, aku ambil keputusan untuk ambil subjek yang ringan 
supaya aku senang score.(biarpun xdapat jugak score.hihi)

And now , Alhamdulillah. Aku bersyukur. Anugerah yang tidak disangka-sangka. ALLAH swt berikan aku peluang menjejakkan kaki dan menjadi pelajar universiti.

Salah satu daripada kebesaran ALLAH swt. Aku merasa nikmat kasih sayang ALLAH swt. Memang betul apa yang sahabat aku cakap.

"ALLAH swt bagi apa yang kita perlu, 
bukannya bagi apa yang kita mahu."

And now, I want to create a short story/cerpen.
Aku ingin menggunakan waktu yang ada untuk menyumbang kepada perkembangan Islam. Novel Islamik ? Hmm
Not totally Islamic kot sebab aku pun masih mencari ilmu.
Apa yang pasti aku mau orang lain memahami betapa indahnya agama Islam.

Di sini aku selitkan beberapa contoh keindahan agama Islam dari segi sosial. Semua yang diaturkan oleh ALLAH swt sebenarnya ada hikmah yang baik.
Sama ada kita sedar atau tidak, dan terima atau tidak.
TAKBIR ! ! !

p/s : catatan di bawah ini dipetik dari blog Cik Yuyushira. (one of my ninja)


Selamat bertemu lagi ! !

Arggghh! ! Aku bosan di rumah ni ! !

Assalamu'alaikum wbt.

(Eh , ada new post lagi ?post yang tadi pun xhabis baca lagi .)

Sebelum itu, aku mahu bercerita dahulu. Okeh kan ? ?

              [Dahulu, ada seorang budak perempuan bernama Z . 
Dia merupakan seorang anak yang degil , keras kepala , dan suka mengikut rentaknya apabila membuat sesuatu keputusan . Pada suatu hari , Z telah mencetuskan pergaduhan dengan kakaknya yang bernama W. Dia bergaduh dan melawan kakaknya itu .Lalu , datanglah si Ibu dengan marahnya kerana pergaduhan tersebut .Si Ibu pastinya tahu bahawa Z yang mencetuskan pergaduhan tersebut . Si Ibu pun mengambil rotan dan merotan si Z . Si Z amat marah kerana si Ibu kelihatan menyebelahi kakaknya si W . Dia meninggikan suara kepada si Ibu dan masuk ke dalam bilik . Dia mengambil semua pakaiannya ,dan memasukkannya ke dalam beg . Dia berlari keluar rumah dan meninggalkan ibunya  sambil berteriak ,

"AKU BENCI HIDUP DI RUMAH INI ! ! ! "

Si Ibu hanya mampu mengalirkan airmata kesedihan , kecewa dengan kelakuan anaknya . Si Ibu tidak mampu lagi mengawal anaknya itu . Si Ibu tua itu hanya mampu berdiam sambil meratapi nasibnya kerana mempunyai anak seperti Z.]

-TAMAT-

***************************
Sekali lagi diingatkan , ini hanyalah rekaan semata-mata . Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.

Apa perasaan anda apabila perkara di atas berlaku kepada keluarga anda ?
Adakah anda hidup tenteram ?

TIDAK !

Beginilah akan terjadi apabila kita bersikap tidak peduli terhadap ahli keluarga masing-masing . Beginilah akan terjadi apabila kita hanya bangun tidur , dan menjalani rutin seharian tanpa mengingati ALLAH swt . Rumah yang tidak mempunyai ketenangan , di dalamnya pasti terdapat kekurangan biarpun dilimpahi dengan harta benda yang berjuta-juta .

Oleh itu , di sini aku ingin berkongsi bagaimana kita menyumbangkan diri untuk membina keluarga bahagia . Sebenarnya , tips ini diberikan oleh 
Dr.Fadzilah Kamsah , seorang Pakar Motivasi dan merupakan salah seorang contoh terbaik buat kita untuk menjadi hamba ALLAH swt .
Di sini , aku selitkan tips-tips terpilih untuk membina keluarga bahagia menurut beliau .

  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat ALLAH swt , mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  • Sentiasa taat kepada semua perintah ALLAH swt dan memastikan keluarga juga patuh kepadaNYA.
  • Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam keluarga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina ahli keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap ahli keluarga.
  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  • Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang. 




Okeh. Itu ialah tips-tips berguna dari Tuan Doktor buat anda-anda yang di luar sana. 

Tips dari aku ? ?
Aku bukanlah seorang anak yang baik , tetapi yang pasti . .

Aku ingin pastikan aku akan bertemu dengan ahli keluargaku di syurga kelak .
Ini juga ada sedikit tips dari aku bagaimana dapat menjadi anak yang baik.
Ayuh ! !
Berusaha menyumbang kepada kebahagiaan dan ketenangan keluarga !


1 . Apabila anda menunaikan solat , ajaklah sekali adik-beradik anda . Biarpun ajakan anda selalu di reject , anda haruslah mencuba dan kreatif mencipta style untuk mengajak mereka solat . Contohnya ,

 " Adik , jom kita solat ? Akak dah taubat ni . Kita taubat lah sama-sama . Xnak jadi jahat lagi . Adik jadi Imam tau . Akak tunggu kat bilik ."

2 . Rajin-rajinkan lah membantu Ibu dan Bapa . 
Khidmat anak-anak amat diperlukan semasa mengemas rumah , bilik tidur , membersihkan tandas , mencuci pinggan , mencuci dapur , mengelap habuk dan banyak lagi lah ! 
Jadi , daripada anda membuang masa bersembang-sembang di laman sosial dengan rakan-rakan yang anda jumpa tiap hari sewaktu musim pengajian , 
lebih baik anda rapatkan silaturrahim dengan kedua Ibu Bapa anda . 
Makan malam bersama ataupun bersiar-siar bersama mereka .

3 . Tunjukkan contoh yang baik kepada ahli keluarga . Contohnya ,
 apabila anda mengatakan bahawa makan makanan berjenama 
Maggi , McDonald , Coca-cola , Campbells etc
adalah boikot sehinggakan Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi memfatwakan bahawa haram jika kita membelinya 
kerana menyumbang kepada 
ekonomi Israel yang rejim zionis itu 
kini rakus dan giat membunuh saudara Islam kita di Palestin, 
maka anda juga 
tidak seharusnya membeli produk-produk tersebut !

4. Saling melengkapi kelemahan ahli keluarga
Contohnya , apabila terdapat salah seorang ahli keluarga anda yang
 fobia kepada serangga seperti lipas , kumbang , dan yang sewaktu dengannya telah terserempak dengan serangga2 tersebut , 
maka ianya menjadi tanggungjawab anda untuk menghapuskan serangga itu. 
Amatlah diharapkan agar anda tidak
 membantu dalam menambahkan fobia ahli keluarga anda.

5. Apabila anda melihat ibu bapa atau ahli keluarga anda baring berbantalkan lengan, maka ianya menjadi tugas anda untuk memberi mereka bantal . 
Apabila anda melihat mereka kesejukan sewaktu tidur,  
maka ianya menjadi tanggungjawab anda untuk menyelimutkan mereka dan mengusap rambut mereka lalu
 bacalah 

Ya Latif sebanyak tiga kali dan hembuskan ke ubun2 mereka.

Ni mantera apa dik ? ? ? Haha
Alahai Kak . Ni Asma' ALLAH swt. Kalau di amalkan , 
inshaALLAH mereka akan dilembutkan hati .
 

Hmm. Penatlah jari ni. Nanti sambung lagi boleh ? ?

Oh , banyak terima kasih , syukran , arigatou gozaimas , xie xie , thank you , chunmaneyo, ponsikou , nandri , kerana anda memahami . 

Aku mahu kembara mimpi.
Oh Tanah Suci memanggil-manggilku !!

Selamat Malam dan Semoga Berjumpa lagi ! !

Muka-muka Ajaib

Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar anda yang comel-comel belaka?
Nampaknya ,
jari-jemari ku ini semakin rancak menaip atas laptop
yang tidak seberapa laju ini.
Jadi , anda-anda yang di sana jangan pelik 
bila ada sahaja post baru yang aku post tiap hari okeh.

Aku baru balik dari kampung , menghadiri majlis perkahwinan
salah seorang dari kakak sepupuku. Alhamdulillah,
semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada pengantin baru !
Semoga bahagia hingga ke syurga . .
Sementara itu , waktu petangnya aku meluangkan sedikit waktu
untuk bermain bersama adik-adik sepupuku yang tinggal di kampung.
Aku mula terfikir satu idea !

Aku teringat sebuah kotak di dalam bilik , mempunyai berlambak tudung yang tidak digunakan lagi yang akan diwariskan kepadaku.
Oleh itu , aku pun mengambil tudung tersebut dan terus menyarungkan tudung tersebut kepada salah seorang adik sepupuku yang kecil molek.
Seterusnya, apa lagi ? ?
We have very exciting photoshooting ! ! ! !
Honestly , aku memang suka dengan K A M E R A !
Sebab aku suka sangat sangat menangkap apa sahaja suasana
yang menarik perhatianku. Bak kata pepatah ,
"abadikan kenangan serta merta"



Ya ALLAH. Give me one DSLR .  Amin . 

Lagi satu , aku suka melihat benda-benda yang cantik ,
dan membuat orang lain menjadi cantik di mata aku.

Okeh, mari kita tanya tuan/puan ABC , apakah maksud cantik 
bagi pandangan mereka .

Apa maksud cantik ?

A : Pada pendapat saya , cantik itu ialah apabila anda menutup aurat , berakhlak baik , taat kepada orang tua , wajahnya berseri kerana wudhuk .

B : Cantik ? ? Err. . Cantik tu cantik lah ! Macam isteri dan mak saye . 
Mereka cantik kan ?

C : Cantik itu ialah subjektif . Contohnya , bagi insan yang beriman , mereka akan menyatakan orang yang cantik itu ialah mereka yang soleh/solehah. Bagi yang lain pula , berkemungkinan mereka akan mengatakan bahawa cantik itu apabila seseorang itu mempunyai rambut kaler oren , merah , hijau. Pakai baju branded , dan pakaian yang xcukup kain juga akan dianggap cantik . Tapi, whateverlah. Saye pun xtahu nak cakap lebih-lebih .Eh, awak ni dari TV3 tu ke ? ?

Wah wah wah si C ni , panjang lebar pendapatnya. Haha

Apa pun, cantik itu berbeza pada pandangan setiap orang kan ? ?
So , inilah hasilnya photoshooootttt tadi .
Ini hadiah dari kampung untuk anda-anda yang comel .
Hanya menggunakan kamera telefon bimbit aku yang xmahal dan xmurah .
Enjoy it !

***************************************






Nama Model : Siti Alia binti Jimat
Asal : Kota Kinabalu , Sabah .
Bangsa : Bajau + Kadazandusun


Okeh. Ini sahaja yang aku ingin kongsikan sepanjang beberapa hari cuti yang telah berlalu . Doakan aku semoga mendapat keputusan yang terbaik dalam
SEM I yang baru sahaja berlalu .

Selamat berjumpa lagi wahai si comel sekalian !
Adioz . .

Tet . .
Tet . .
. . . . 

Terkejut ? ?

Assalamu'alaikum wbt.
Hah , anda terkejut dengan suara yang muncul ketika anda membuka blog ini?
Jangan risau , lagu tu memang akan dimainkan secara otomen , eh bukan. AUTOMATIK laa. Hehe

Aku mahu kongsi lagu ni sebab best sangat ! Kalau orang Sabah cakap;

"Best betul lagu ni bah.." 

Haha
Okeh, I will talk less and let you all listen more !
Jom berhibur bersama .
Apa ? Geleng kepala sambil menyanyi ?
Boleh ,  asalkan anda bahagia ! Hehe

Mempersembahkan, Edcoustic. Tajuk lagunya ialah 
Menjadi Diriku.


1 2 3 go ! ! ^^


p/s : berbahagialah menjadi diri anda ! !


Tak seperti bintang di langit

Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Khairil Izwan bin Pilus Disahkan Meninggal Dunia

Assalamu'alaikum wbt.

Ini berita yang baru sahaja diterima.
Al-Fatihah untuk Saudara Khairil Izwan bin Pilus. 
Ajal menjemput tanpa mengetuk.
Why did I blog about him ?
I dont know.



Penghargaan.

Salam!

Setinggi-tinggi kesyukuran kerana Allah swt izinkan aku menaip di atas blog yang tidak seberapa canggih ini dan memberiku peluang untuk menghirup gas oksigen dengan percuma akhirnya menyebabkan aku kini telah habis menjawab kesemua kertas-kertas soalan bagi Peperiksaan Akhir Semester!! Yahoooo..ops,Alhamdulillah!!! ^^




First of all, I want to apologise to those who sent me SMS, I am unable to reply it because I am running out of prepaid. (kalau murah hati,sila lah top up kan) :P

Now, Im home. Menghadap wajah-wajah kerinduan hamba. My Mama, My Baba and my Siblings. Tiap hari hamba menatap wajah-wajah kesayangan hamba itu. Pernah dengar seorang sahabat pesan;

"Kalau pandang wajah ibu,dapat pahala tau!"


Jeng jeng jeng. Lepas ni, pandanglah wajah ibu anda kalau mahukan pahala lebih.
Baru-baru ni, aku ada melawat hostel,lepas habis menjawab last paper for my examination. Aku rindu roomate aku, the Cookies Lady!
Borak borak borak borak..Bla bla blaaa blaa, aku pun minta diri.
 Dia salam tangan aku. Aku sebak. Memang sebak suasana waktu tu.
Aku rasa macam mahu berpisah selama-lamanya! (aku memang cepat tacing ok)

Lepas keluar bilik tu, perasaan aku mula sayu. Sampai di rumah, my Mama asked;

Mama : Jadi,macam mana lah exam?(mak aku cakap sabahan ok)
Me : Ok. Dapat jawab. 

Mungkin, waktu tu Mak aku pelik kenapa tiba-tiba aku bercakap dengan nada sayu, lepas tu cuma sepatah dua. Hehe.

Tapi, aku cuba cover line. 
Before lunch, as usual I helped my Mak with her cooking.
And that time, we talk a lot a lot and lot lot lot.
So, Mak aku xlah pelik kan!

Mungkin,ramai yang sangka aku pandai memasak bila aku jadi assistant Mak aku
bila memasak. But, honestly, aku langsung xpunya bakat untuk memasak. Tugas aku waktu jadi assistant cuma potong-memotong, hiris-menghiris, tumbuk-menumbuk dan sewaktu dengannya. But, bila sampai bab letak bahan perasa, aku gred F atau dalam bahasa omputeh, F A I L E D ! Haha

Biarpun F A I L E D, tapi aku tetap usaha. Belajar. Belajar. Belajar. Ilmu tu ada di mana-mana. Semua pun ilmu kan. Lagi satu, for all girls, my Mum said, 

"Jangan kahwin kalau xpandai masak!"
Kenapa? Fikir2kan lah dan selamat beramal. 
Hehe

But, aku belajar memasak bukan disebabkan mahu dapat green light untuk mendirikan rumah tangga, tapi sebab utama ialah..

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARI SEORANG ANAK KEPADA EMAKNYA KERANA MEMBESARKAN ANAKNYA SEHINGGA ANAKNYA MEMBESAR DENGAN BAIK, SEMPURNA DIDIKANNYA DAN MENCECAH UMUR 20 TAHUN.

SAMA JUGA BILA KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA ALLAH SWT MEMBERI KITA MENGHIRUP GAS OKSIGEN TANPA MUNCUL BIL SECARA TIBA-TIBA SELEPAS SEBULAN KITA MENGHIRUP UDARA DI BUMI INI. APA KITA AKAN BUAT SEBAGAI TANDA KITA BERSYUKUR? KITA AKAN MENUNAIKAN SOLAT,MELAKSANAKAN APA YANG DISURUH ALLAH SWT.

SAMA JUGA BILA KITA MENGHARGAI SEORANG GURU, MAKA PADA HARI GURU KITA JUGA BERUSAHA MEMBERI HADIAH PENGHARGAAN KEPADA GURU KITA KERANA MENCURAHKAN BEGITU BANYAK ILMU BIARPUN HADIAH ITU CUMA ULAM RAJA CICAH SAMBAL BELACAN. APA YANG PENTING, ITU TANDA KITA MENGHARGAI.


KITA BERSYUKUR.





Manusia yang berasa dirinya dihargai akan menghargai kita.
Yang menghargai akan dihargai.

Oklah.  My Little Bother, no. My little brother is coming to make a mess. I need to stop here. See you in the next posting InshaALLAH!

Selamat berjumpa lagi.