Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

"ke mana kau menghilangkan dirimu, ku rasa rindu, ku mencari mu di singgahsana"
Tajuk : Ke Mana Kau Menghilangkan Diri by Apit Baronbros.

 Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh pipol!
I am back. Haha.

Okay. Bukan xmahu update belog, tapi kan, ayat ni selalu bermain di otak aku;

"argh, nanti lah bah aku update, banyak masa lagi"

Ini masalah kita sebenarnya kan?Do you reaaalllyyy feelll whatt i feelll?? o.O
Eheh.  Tapi, memang hakikat kan? Bukan kebetulan atau rekaan!
Kita bukan fikir kita xada masa untuk buat sesuatu, tapi kita selalu fikir kita ada masa untuk buat sesuatu benda tu. Sebab tu lah blog ni aku update jarang-jarang. =..=
Haha.

Hmm. Berbalik dengan lagu di atas tadi, sebenarnya aku peminat lagu-lagu Baronbros.
Xpercaya? Ouh, aku juga xpercaya. Hee. Biasa lah, lagu lentok2 macam ni sesuai dengan jiwa aku.
Oleh kerana itu juga, aku suka irama nasyeed. Sebab lembuuuttt gituuu. Peduli lah kamu mahu cakap lagha kah apa. Nanti aku update status fb

'jangan jumud dan shadid sangat, saya tidak suka"
Look like a Gangster. Kan!

 Eh, ok. Sebenarnya aku mahu kongsi something.

Kemarin punya kemarin, aku duduk di ruang tamu. Lepas tu, my Mama cakap;

" Mama beli tudung baru, panjang sampai sini(sambil menunjukkan perut).
Aku pun terkejut. 

"Hah? Tudung labuh kah Mak??Mana? Mana??"  
I asked my mom.

"Iya. Ada di jemuran(ampaian).Tapi, Mama punya"

Hee? Mama punya? Kalau aku minta, mesti Mama bagi dekat aku juga kan. Haha.
Tapi, serius aku cakap, my Mama memang macam tu. Kalau my Mama beli apa-apa, if I said that I want it, she will give it to me sebab aku ni jarang minta barang-barang kalau aku xsuka.
Tapi, bukan sebab itu. Tapi, sebab kasih sayang seorang ibu, 
"my Mom and your mom or all of the mom2(haha) are willing to sacrifice everything to make sure their children are happy, and for your information juga, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu dapat jaga seorang ibu kan?Wink3.

Akhirnya, tudung itu kini menjadi milikku. Tapi, semalam waktu aku menaip2 di laptop, 
my Mama panggil bawa beli tudung macam tu di kedai yang jual tudung tu! Haha.
Jujur, aku tersentuh. Maklumlah, aku ni sensitif orangnya(konon).
 Rasa mahu menangis pun ada. Fufufufuuu~ T_T

Jadi, apa lagi, semalam aku beli tudung tu dua pasang, satu warna cokelat satu warna hijau.
 Funky! I like it. And of course, not too striking lah kan.
Aku juga xmahu nanti di bilang kok kamu makai hijab tapi tabarruj(berhias berlebihan).
Yeah! Alhamdulillah. Mungkin sebab Allah tahu aku perlu kan?
Bak kata pepatah yang selalu aku guna;

ALLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu!

Sebab sebelum ni,waktu berjinak-jinak pakai tudung, my frens keep asking me kenapa aku suka pakai tudung warna hitam, warna putih, kalau xpakai warna putih, warna hitam. Tetapi, apakan daya, aku ni degil juga. Dalam hati aku, apa aku kesah! Apa yang penting, aku tutup aurat! Diam kamu! Haha. Itu lah aku yang jahil jahil jahilliyah! Wakakak. Ops! Xsopan. :)
Lepas tu kan, aku pakai jak lah warna hitam dengan putih tu sampai la aku aku masuk ipt.
Waktu masuk ipt tu, hari2 ada kelas, dari pagi sampai petang, jadi aku mula fikir, eh hari2 aku pakai tudung warna sama, nanti kawan2 aku fikir aku xcuci tudung, kawan aku fikir aku pakai tudung yang sama. :( Lepas tu, aku bawa lah tudung2 warna warni yang ada di rumah untuk pakai waktu kuliah. So sad tapi terpaksa. Kalau kawan2 rapat aku mungkin faham, tapi ni kawan2 ipt, baru kenal, xada taaruf. Mesti kadar buruk sangka lebih tinggi dari kadar baik sangka kan? Erk. Di situlah aku mula belajar variasikan warna tudung. Matching2 baju dengan tudung lah. Apa daaa~
Tapi, jujur. Tudung-tudung 50 inch yang aku pakai sekarang adalah hasil daripada infak kawan2
aku yang berjiwa suci lagi murni. Mungkin diorang mahu tengok aku pakai tudung yang lain dari warna hitam dan putih kan. Haha. Ada lah sehelai dua tu aku beli. Tapi, mostly kawan2 bagi. Sebagai galakan untuk aku istiqamah pakai tudung kan dan dapat tutup aurat dengan sempurna kan? :)

And, finally hasil usaha mereka berjaya dan mendapat rahmat. Sekarang, semua jenis semua warna tudung aku pakai asalkan menepati syariat Islam. Terima Kasih Sahabat. Oklah kbai.
Salam satu akidah!

Mood : risau, result exam xkeluar lagi.

^_____________^


















2 comments:

  1. aku pun pakai hitam jak skrg. huu. d mana beli tudung? aku pun mau beli nanti. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli di Likas.jom lah balik cepat, kita shopping utk raya..

      Delete