Assalamu’alaikum wbt.
Mood : Sayu
Terlalu lama blog ini tidak diperbaharui. Setelah broadband tidak lagi berbayar, dan pemilik laptop pulang ke kampus, akhirnya blog ini dibiarkan sepi. Maaf yang tidak terhingga kalau setiap kali hati pembaca digerakkan ALLAH untuk melawat blog ini, namun hanya tajuk ‘Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’ sahaja yang menjadi tatapan beberapa kali.
Perjalananku kini terasa semakin jauh dan terlalu jauh. Setelah mendapat Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM), aku kini ingin meneruskan langkah ke menara gading. Jika dahulu, ALLAH mentakdirkan agar tingkatan enam menjadi persinggahanku untuk melanjutkan pelajaran selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), kini aku masih menunggu apakah percaturan seterusnya buatku. Adakah universiti-universiti yang menjadi pilihanku memberi jawapan sukacita ataupun dukacita, aku tetap berharap agar ianya adalah yang terbaik.
Seperti apa yang tercatat dalam dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang menerangkan bahawa boleh jadi kita tidak menyukai sesuatu perkara itu sedangkan perkara tersebut baik untuk diri kita. Boleh jadi juga, kita menyukai sesuatu perkara itu sedangkan perkara itu baik bagi kita. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Mengetahui akan sifat hamba-hambanya. Seringkali kita memilih apa sahaja yang terbaik buat diri kita, namun kadangkala ianya boleh mendatangkan keburukan kepada diri. Secebis kata motivasi buat diri dan pembaca biarpun ayat ini telah lama ‘popular’.
Okay. Bertukar kepada mood yang lebih agresif. Sementara menunggu keputusan untuk melangkahkan kaki ke university(dengan izin ALLAH), aku diterima bekerja di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Bila di ‘interview’, aku terasa kekok dan amat tidak layak untuk mendapat pekerjaan tersebut. Namun akhirnya, hari ini, setelah hampir dua bulan aku menjadi guru tadika yang tidak berpengalaman. Berdepan dengan karenah budak-budak berumur 4,4,4,4,5,5,5,5,5,5,6,6,dan 6 tahun membuatkan kesabaranku kian tergugat. Seringkali suaraku bertukar menjadi suara harimau yang mengaum apabila aku tidak mampu mengawal mereka. Lebih-lebih lagi, terdapat seorang pelajar yang agak bermasalah dari segi disiplin, komunikasi dan pendengarannya. Setiap hari, budak comel itu akan menjadikan salah seorang daripada teman-temannya mangsa kepada tangannya yang aku kira agak ganas dan panas. Kerenahnya membuatkan aku semakin ingin mengikatnya dan menutup mulutnya lalu mengurungnya di dalam bilik gelap agar tidak menyusahkan aku(astaghfirullahalazim). Namun, niatku terhalang pada suatu hari.
Sementara aku sedang membersihkan dan menyucikan kawasan tadika, ‘budak comel’ itu sedang lena dibuai mimpi di atas sebuah sofa usang. Aku mengejutkan ‘budak comel’ itu untuk memberinya makan sementara menunggu ketibaan kenderaan untuk balik ke rumah. Apabila terjaga, dia terus menangis. Aku dengan muka selamba meyaksikan apakah lagi helahnya kali ini. Aku meninggikan suara dengan menyuruhnya membasuh muka(mungkin mengigau,jadi kena basuh muka supaya sedar). Budak comel itu bertambah kuat tangisannya. Sambil memegang tangan kirinya, dia menangis. Aku menarik tangannya, namun dia enggan bergerak seperti kebiasaannya. Aku lantas duduk di tepinya dan melihat apakah yang terjadi pada tangan kirinya. Hatiku tersentak. Merah dan kebiruan. Terlihat sebuah bentuk lekuk yang agak ku kenali siapakah nama barang tersebut. Setelah disoal siasat, ‘budak comel’ itu dengan diiringi tangisannya berkata,
“Mama pukul guna hanger.” Aku tidak tahu untuk menyatakan perasaanku dalam bentuk ayat pada saat itu.
Keesokan harinya, seperti biasa, aku akan menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah. Setelah semua pelajar diambil oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing, tinggal lah aku dan ‘budak comel’ itu di tadika tersebut. Aku menyucikan dan membersihkan tadika. Aku menjenguk sebentar ke kawasan kelas. ‘Budak comel’ itu enggan tidur dan bermain sendirian. Aku membiarkannya dengan mengunci pintu tadika lalu meneruskan tanggungjawabku. Tiba-tiba, terdengar suara ‘budak comel’ itu. Adakah seseorang telah datang ke tadika tersebut? Siapakah gerangan hamba ALLAH itu? Aku segera keluar tandas dan menjenguk ke luar. Terlihat ‘budak comel’ itu bercakap sendirian. Aku kehairanan. Dalam tadika tersebut cuma ada aku dan dia. Hati kotorku berkata, “merapu jak budak ni, terganggu kerja aku” lalu meneruskan tanggungjawabku.Sekian,wassalam.(minta maaf kalau pembaca merasakan bahawa cerita ini tergantung,dan memang benar, ia tergantung.Jumpa lagi)
Salam dari Muslimah Power,
-HananFeeyah-
No comments:
Post a Comment