Salam Ramadhan.
Setelah beberapa minggu berlalu, kedengaran bunyi letupan mercun di luar rumah. Aku yang sedang tekun menonton televisyen. Tiba-tiba buaian adik bergerak-gerak.
Alamak ! Adik bangun lagi. Setelah berpenat lelah aku mendodoikan adik dengan nyanyian Alif Ba Ta, adik terbangun lagi. Aku mengeluh sendirian.
Ku jenguk ke luar tingkap. Masya ALLAH. Dua orang addikku sedang giat bermain mercun bersama anak-anak serta cucu-cucu jiran yang lain.
Lalu aku menutup pintu dan mengunci grill tanda protes dan marah kepada aktiviti selepas solat maghrib mereka.
“Jangan kamu masuk rumah!” Akibat terlalu geram, aku mengeluarkan perkataan yang ‘agak’ kasar tersebut.
Aku kembali mendodoikan adikku di buaian dengan nyanyian Alif Ba Ta yang menjadi
kegemarannya sejak ia berada di dalam kandungan. Biarpun ahli keluarga yang lain
selalu ‘ter’ketawa mendengar nyanyianku, semua tidak ku pedulikan.
Bak kata Hassan Al Banna :
“Akan ku sampaikan dakwah ini sehingga kepada janin yang berada di dalam perut ibunya.”
Dan sehingga kini, lagu itu juga tetap mendodoikan adikku.
Teringin sekali untuk merasai bagaimana berhasilnya pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Ini juga merupakan salah satu kajian tindakan yang aku lakukan. :D
Aku ingin membentuk adikku yang satu-satunya diberi kesempatan bagiku untuk dibentuk sejak dari dalam kandungan.
Jikalau orang lain menyanyikan lagu Senja Nan Merah nyanyian Awie dan Ziana Zain,biarlah aku menyanyikan lagu Alif Ba Ta nyanyian Aeman agar nasihat yang brmanfaat sentiasa bermain di lubuk hatinya.Jikalau adik orang lain didodokan dengan lagu Waka Waka nyanyian Shakira,biarlah adikku didodokan dengan lagu Jangan Lupa Sembahyang nyanyian Aeman.
Inilah hakikat zaman sekarang.Ramai ibu bapa salah memasukkan unsur-unsur ke dalam jiwa anak-anak.Ada ibu bapa yang suka mendedahkan anak-anak kepada hiburan
dan bukan Al-Quran.Ada ibu bapa lebih suka mengenalkan anak kecil mereka dengan 'one two three'daripada Alif Ba Ta(alangkah baik kalau seimbangkan kedua-duanya)dan ada juga ibu bapa lebih suka menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen daripada kelas fardhu ain(KAFA).
Buat kakak-kakak dan abang-abang di luar sana yang mempunyai adik kecil dan digelar mak muda atau bapa muda(biarpun bukan empunya diri yang melahirkan),bersama lah kita merebut peluang platinum(emas boleh digadai)tersebut untuk mendidik anak-anak kecil yang senang dibentuk.Bentuklah mereka sesuai mengikut acuan dan nilai-nilai Islam(jangan ajar main mercun).
Berusaha lah menjauhkan anasir-anasir jahat seperti goyang Inul dan tom-tombak (hiburan semata-mata)dalam diri mereka.Ajaklah mereka menonton rancangan Adikku-
adikku(Insya ALLAH boleh..!! ):D
TAKBIR!!!
Allahu’alam.
wahwah besar sda hafiz..
ReplyDeleteslmt melentur buluh dari rebungnya hoho