Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

Hah, sudah baca artikel yang aku post?
Hehe.

Minggu ni cuti mid-sem. Seminggu jak. 
Tapi, cuti-cuti macam ni pun xboleh goyang kaki sebab ada assignment kena buat;

1. Assignment Psikologi Organisasi
2. Esei Bahasa Kadazandusun Tahap II
3. Cari contoh2 verbatim untuk present (Kemahiran Menemuduga dan Pemerhatian)

Ok lah tu. Kemarin, (orang Semenanjung cakap semalam), di rumah kami ada kenduri kesyukuran sempena konvokesyen kakak aku. Tapi malangnya, aku bekerja. 
Tapi, aku bekerja jaga gerai tiap Ahad di Pasar Minggu Gaya Street
(kalau mau tau lebih lanjut pasal Gaya Street ni, nanti aku cerita)
. Jadi, awal pagi lagi aku keluar rumah, tunggu boss datang ambil guna Hilux yang diberi nama Si Tompok.
Aku pergi kerja jam 6.30am, balik kerja paling awal 2.00pm.
Tapi oklah, sebab kawan-kawan aku datang meriahkan majlis. Aku rasa gembira hingga ke arasy. Hihi. Maklumlah, diorang xselalu datang rumah biarpun dekat. Jadi, di kesempatan Hari Raya Aidiladha ni,
berjaya akhirnya aku pujuk mereka. Pastu, ada dua orang Kakak tu aku jemput jugak. Sorang Kakak tu berniqab(purdah), sorang lagi ndak pakai niqab. Bila kakak yang berpurdah tu masuk dalam rumah, famili dengan tetamu aku pun pelik. Aku buat derk ja, aku faham sebab diorang memang jarang berjumpa dengan golongan berniqab. Kalau bagi aku, dah biasa. Sebab ramai senior2 yang aku jumpa, memang ramai berniqab, sebab diorang memang cantik! SubhanAllah. Memang tertutup itu indah.
Majlis kenduri tu siap lepas Asar. Penat makan. Huhu~
Oklah, lepas ni aku mau posting banyak-banyak lagi sebab cuti mid-sem, jadi boleh lah merapu merepek.

Oklah, jaga diri jaga hati jaga peribadi.
Kbai.


No comments:

Post a Comment