Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

29 Jun 2013, Sabtu
# Menikah.

Huh, bukan aku yang bakal menikah! Haha. Gumbira rasa hati bila salah seorang sahabat mengkhabarkan bahawa sahabat tersebut akan bergelar Puan tidak lama lagi, tapi dalam masa yang sama aku gembira, eksaited sbb aku dan sahabat lain turut menjadi VVIP ketika walimahnya nanti. Xsangka dia sudah dewasa! J

Buat sahabat, jikalau engkau membaca post ini, aku hanya mampu mendoakan agar engkau dan bakal zauj berkekalan hingga ke syurga. Allahumma amiiinnn~ Aku xsuka ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Hingga Anak Cucu sebab nanti kalau ada cicit, xkekal lah kan? Chill selalu, I know you can do it! You are deserved for it.

Setakat ni, kawan-kawan sebaya aku ramai yang sudah mendirikan rumahtangga. Semua sudah menjadi zaujah. Ada sorang kawan aku sudah dikurniakan seorang cahaya mata, seorang lagi tengah sarat mengandung menunggu kelahiran baby, sorang lagi sorang lagi otw menjadi zaujah, dan aku pula bakal jenazah. Wakakak. Xsopan!

Tapi, serius. Aku memang xlayak untuk bernikah pada saat ini. Aku rasa sangat-sangat xlayak dan kagum dari jauh dengan sahabat-sahabat yang mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Bila mengenangkan aku perlu selesaikan banyak benda, aku terpaksa tanam dalam2 perasaan cinta itu dengan kemas.

Muslimah harapan ummah, di bahumu terpikul amanah! Yup, aku sedang memikul amanah Inche Baba dan Puan Mama. Di bahuku tergalas amanah untuk menuntut ilmu dan menjadi anak yang solehah dan menjadi saham Inche Baba di akhirat nanti. Aku sudah nekad, aku yang akan jaga Inche Baba dan Puan Mama di hari tua mereka nanti. Aku mahu pastikan parents aku mengharungi hari-hari tua dengan gembira, bukan dengan kedukaan. Bukan apa, disebabkan statistik pengabaian ibu bapa pada masa kini semakin meningkat, jadi aku xmahu jadi penyumbang kepada orang yang mengabaikan ibu bapa tersebut. Adakah itu tandanya semakin meningkat bilangan anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa? L

“Mama, Baba, anak Mama dgn Baba ini sudah dewasa. Akan ku jaga kalian hingga akhirnya seperti mana kalian menjaga aku sehingga kini.”

I don’t care kalau adik-beradik aku yang lain akan kahwin dahulu. Marriage is one of the serious matter that we can’t learn in just a few minutes. A person need to be well prepared sebelum memutuskan untuk berumahtangga.
Teringat bila My Ustadz said, sekarang ni memang x dinafikan kahwin awal itu amat baik dan menjadi trend anak muda zaman sekarang, tapi lebih menyedihkan bila kes penceraian juga meningkat. Sedih. I don’t want to be one of them. Bergegar arasy Allah swt bila ada orang bercerai biarpun penceraian itu halal tetapi bukankah ianya tidak disukai Allah swt? Renung-renungkan dan selamat beramal. ;)
Eh, eh. Xhabis lagi. ^^ Aku teringat satu post di facebook. Jom baca sebagai penutup posting kali ni. Aku xhafal ayat dia seratus peratus, tp aku boleh ingat sikit2. Enjoy!


"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."     kredit to : keretamayat.blogspot.com

“Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.”


2 comments:

  1. lamanya tunggu post baru.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish, exam2 sempat lagi skodeng blog orang.haha

      Delete