Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

#if tomorrow never comes?? :/
          Ntah kenapa, sejak akhir-akhir ni aku rasa makin dekat dengan mati. Adakah aku makin dekat dengan dunia dan jauh dari akhirat?? Semua benda yang ada di sekeliling aku, aku rasa bila-bila masa boleh jadi asbab kepada kematian aku (kalau Allah swt mentakdirkan aku mati pada saat itu). Bila balik dari kelas, aku terbayang aku kemalangan pastu ndak sempat jumpa family. Allahu! Seramm~ Macam ndak tahu apa aku mahu buat bila dijemput malaikat maut. Aku rasa dosa aku masih banyak belum terhapus.
          Anggota tubuh badan ni, menjadi saksi aku di akhirat sama ada aku guna anggota yang Allah swt bagi ni untuk meraih pahala atau mengundang dosa! Semalam, aku terdengar satu dengungan yang lama waktu dengar bacaan surah An-Naba di laptop. Aku tiba-tiba terkejut! Aku stop bacaan surah tu, aku cuba selidik dari mana bunyi dengungan tu. Tapi, aku xdapat kenalpasti dari mana. Aku xdapat pastikan bunyi tu datang dari persekitaran atau dari dalam telinga aku. Rasa sangat dekat dengan telinga. Lepas tu aku mula ingat, adakah ini dengungan tanda-tanda kematian? T_T Pelik kan? Tapi aku xtau lah sama ada itu disorder atau disease. Tapi, memang hakikat, memang kita xakan lama di dunia ni.
          Aku masih belum minta maaf dengan family aku, kawan2, kenalan2, baik reality atau maya. Aku rasa masih banyak hasrat orang-orang sekeliling yang aku masih belum tunaikan. Aku mahu lihat orang-orang yang aku sayang membesar di depan mata aku. Tapi, kalau Allah swt tidak mengkehendakkan sebegitu dan mentakdirkan aku pergi dulu, apa boleh buat, Allah, aku redha. Terus aku teringat kisah arwah Ammar, salah seorang pemuda berumur 20an yang disebut sebagai syahid (allahu’alam). Aku terus rasa ditempelak supaya jangan lalai, supaya dekatkan diri dengan Allah swt. Then,
          I am trying my best to be a good sister for my siblings, good daughter for my Mama and Baba and be a good friend to anyone. I don’t want to hurt anyone as I know that I wouldn’t have enough time to detect what is my mistake towards them then ask their forgiveness. Eh, kenapa pula aku talk switching ni, tiba2 jadi omputeh. Hah!

Oklah, sebelum mengakhiri entri ini, aku memohon kemaafan dari semua. Kehadapan semua orang yang mengenali aku reality dan maya, kalaulah ini my last post, tolong halalkan segala yang termasuk dan terkeluar, maafkan salah silap kata gurauan perlakuan yang mengguris hati, ampunkan dosa dan kesalahan. Aku bukan apa, aku cuma takut aku dipanggil Allah swt tanpa sempat memohon maaf dan minta dihalalkan semuanya. Oklah, my tears is now falling derasly, so I think I shud stop now kan. Hahaha~ Kbai! :P

No comments:

Post a Comment