Hamba ALLAH swt yang Luarbiasa !

#memilih untuk begini
          Salam hari Isnin, hari pemula minggu! But, we are on holiday. Hehe. Lecturer cakap teda kelas, so berhabis lah buat assignment yang entah siap entah tidak. Biasa lah, berhutang assignment, kalau aku mati esok aduhai parah. L Siapa lah mau tolong aku buat. Tadi ada satu orang kakak minta no fon dengan whatsapp tapi aku ndak ada whatsapp, sebab whatsapp teda privacy. Hee. I love wechat, sekarang aku ada wechat jek lah. Tapi itu pun bukan aktif. Adakah aku bakal menghidap anti-social disorder??? :O Apa-apa lah, yang penting aku cuma ada wechat, ada feisbuk, that’s all. Banyak2 akaun sosial takut nanti melaghakan aku yang sedang berada dalam keadaan lagha ni. J Bukan aku maksudkan orang yang ada akaun sosial yang banyak tu orang2 yang lagha ok! Ada juga orang guna media2 sosial tu untuk kepentingan ummah. So, jangan pandang isu ini sebelah mata. Aku takut aku ndak boleh kawal penggunaan semua tu nanti. Seperti zaman-zaman dahulu kala, im shocked with feisbuk. Macam2 gambar aku upload ntah hape2. L But, now I am trying to not upload any unimportant pixxa in my feisbuk and I am success!!! Kemaren, 15 Disember 2013, sepupu aku sebaya aku selamat melangsungkan perkahwinan. Aku cuma mampu tolong apa yang mampu. Mahu jadi flower girl, pengapit, memang ndak layak. J
          Rasa penat, tadi buat kajian di tapak salah satu bekas berlaku kejadian kebakaran. Rumah atas air, lepas tu melalui jambatan yang pernah terbakar dan dibaikpulih tetapi tidak yang tidak dibaikpulih semuanya. Kami melalui jambatan yang menyeramkan, terus terbayang titian sirat yang sama seperti sehelai rambut dibelah tujuh. Seram, aku takut! Ni baru jambatan di dunia yang penuh dengan kayu-kayu tu yang bergoyang. Air di bawah tu cuma air kotor, tapi kalau di titian sirat nanti?? API. Wuwuwuwuwwww~ T_T
          Sepanjang perjalanan meniti jambatan yang di bawahnya lautan racun (kotor tahap infiniti), aku terfikir macam mana lah kalau aku jatuh. Macam mana lah kalau aku masuk dalam air yang kotor tu. Aku rasa tahap jantung aku berdegup memecah meter yang sedia ada! Anxiety level sudah maximum. Rasa mo nangis, aku teriak “Maaaaakkkk..” sambil aku jalan. Lawak pun ado. Hahaha. Tapi sampai juga lah. Mencabar, tapi aku terkejut bila nampak penduduk di sana lalu lalang dengan lajunya tanpa jantung mereka berdegup kencang. L Malu sebab aku berpaut dengan makcik2 supaya selamat mengharungi titian beracun tersebut. Kuang3. J And I promise to myself, itu pertama dan terakhir. ^^

          Lepas tu the worst is bila kami sampai di sana, ketua kampung teda. So kami ambil keputusan untuk pulang rumah, akan disambung esok. Hihi~
Wish me luck!

No comments:

Post a Comment